KL CHRONICLE: KETIRISAN KUASA POLITIK ORANG MELAYU

Friday, December 9, 2011

KETIRISAN KUASA POLITIK ORANG MELAYU

Korang pikir lah sendiri..

Saya ingin menegaskan  PAS terus memperbodohkan orang Melayu khususnya di kawasan-kawasan luar bandar,tetapi PAS lupa bahawa teras politik negara tetap dipegang oleh Melayu Islam jika Barisan Nasional menggantikan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Ini kerana semua pihak di Malaysia hari ini menyedari hakikat bahawa teras kepada politik negara adalah Melayu Islam.

Isu ini menjadi antara fokus dalam perhimpunan agung UMNO yang berlangsung minggu lalu dimana semua kaum dan parti sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang menyedari keadaan tersebut. Saya berpendapat, perkara yang paling penting bagi system politik Malaysia ialah mana-mana parti yang menguasai politik Melayu Islam harus menjadi teras kepada politik negara ini dan dominan dalam mana-mana perikatan, sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

 Saya percaraya rakyat juga menerima hakikat bahawa teras kepada politik negara ini selama hampir 54 tahun ialah orang Melayu Islam. Oleh itu, sesiapa yang menguasai politik Melayu Islam maka, dia menguasai teras politik Negara. Walau bagaimanapun, satu factor yang saya jangkakan akan berlaku para PRU – 13 adalah jika berlaku pertembungan dalam pilihan raya antara UMNO dengan DAP di kerusi Melayu, ini berkemungkinan akan berlaku jika DAP menurunkan calon Melayu di kawasan majoriti melayu, kemungkinan untuk mendapat seorang wakil rakyat Melayu di bawah DAP akan menjadi kenyataan. Saya bukan tidak yakin dengan kekuatan UMNO, tetapi dalam reality politik semasa, sokongan sahabat-sahabat dari bangsa Cina tidak bersama BN. Itu adalah kenyataan.  

Malah, kuasa politik Melayu Islam akan menjadi semakin lemah dan rapuh apabila DAP menggantikan kerusi PAS dan  menentang UMNO. Ini kerana, politik is all about numbers, dimana Parti yang mempunyai paling ramai ADUN dan Ahli Parlimen adalah parti yang berkuasa/dominan.

“UMNO hari ini ada 78 kerusi seluruh negara. PAS hanya 23 kerusi dan PKR hanya ada 18 kerusi Melayu. Sekiranya, DAP dapat menggantikan PKR/PAS  dan meletakkan calon Melayu DAP, kekuasaan politik Melayu sendiri akan dikuasai oleh DAP melalui ahli-ahli mereka. Dalam keadaan ini, teras kuasa politik melayu walaupun masih “dikuasai” oleh orang Melayu , tetapi yang bernaung dibawah DAP.

Malangnya, orang Melayu diperbodohkan termasuk di Kelantan dan disebarkan jika PAS menang, Hudud akan dilaksankan. Malangnya, Kita memperbodohkan orang kita sendiri.

Andaian DAP yang akan menguasai politik negara jika PAS kalah dalam pilihan raya adalah benar dan sehingga hari ini, DAP tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan mereka   TIDAK akan menurukan calon Melayu dibawah payung parti DAP.

Ini kerana kawasan-kawasan yang dikuasai orang bukan Islam secara majoritinya ialah 40 kerusi dari 220 kerusi. Jadi, untuk menguasai Negara, DAP perlu menembusi kawasan-kawasan majority Melayu, dan untuk berkuasa mutlak, cara paling mudah adalah meletakkan calon mereka sendiri dan bukan dari PAS atau PKR.

Bagi saya, strategi politik PAS dan PKR ini silap kerana secara tidak langsung boleh mengurangkan kerusi Melayu walaupun BN masih majoriti.

Oleh itu  bagi saya, kerjasama PAS dengan DAP dan PKR adalah kerjasama wala’ yang boleh menggadai prinsip dan perhitungan halal dan haram.

Ok. Got to go. Have a good weekend you all J

4 comments:

Anonymous said...

khalid samad xstuju tentang calon mlyu di bawah payung DAp. kita tgk sme2 mcm mane akhirnya. Aku sgt berharap pas ni bukak mate, deorang diperkudakn dgn jelas oleh cine2 smua ni. DAp perintah jgn harapla dasar utk bela melayu..

"Sekali berjaya tetap berjaya, sekali merdeka, tetap merdeka. Bukankah Hang Tuah telah berkata tak akan Melayu hilang di dunia. Ini jaminan yang diberi kepada bangsa Melayu. Kita akan terus Melayu walaupun hanya menjadi pemandu kereta, buruh kasar, budak pejabat. Kita Melayu juga. Tak perlu mengalir air mata."

perlian dr. mahathir terhadap mlyu kita..=(

Anonymous said...

Setuju bro,

tujuan blog ni utk aku buka minda pembaca berkaitan isu-isu yang kadang2 kite x perasan, tetapi yang sedang berlaku di sekeliling kite. Pembaca boleh nilai mana yang betul dan salah, dan buat pilihan yang tepat semasa pilihanraya.

Anonymous said...

pd pndgn aku, bkn skdar hnya perlu wujud blogger. kita perlukn jugak pengkomen tegar pro krjaan di dalam mlysia kini n malaysia insider.. boleh diperhatikn, xsemua pmbaca baca entry pmbgkang tu..coz nothing. tapi mereka semua suka baca komen2 di bawah entry. yg menghentam kerajaan. drpd persembangan bawah itu yg dijadikn topik bualan.jadiif byk pengkomen tegar pro kerajaan di dlm 2 portal ni, aku rasa deorang leh bukak mata jugak. utk mhrap deorang baca blog krjaan adalah sgt mustahil.. ini pndangan aku bro kabir.

Anonymous said...

thanks bro. aku appreciate sgt. insyallah berkaitan isu komen dalam media pro pembangkang. kita akan teruskan berusaha. dah ada dah sekarang, cuma x menyeluruh. :)

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget