KL CHRONICLE: #DemiRakyat MCA gembira diberi kerusi Gelang Patah pada #PRU14

Tuesday, September 27, 2016

#DemiRakyat MCA gembira diberi kerusi Gelang Patah pada #PRU14


MCA hari ini menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin yang mengesahkan bahawa MCA akan diberi peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU - 14 yang akan datang. Memetik kata - kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong:


" Keputusan yang diambil oleh Menteri besar merupakan satu keputusan yang bijak kerana kerusi Gelang Patah mempunyai 67% pengundi bukan - Melayu"
Menurut Datuk Seri Dr Wee Ka Siong lagi, pada PRU - 13 yang lalu, MCA telah meminjamkan kerusi Gelang Patah kepada UMNO untuk memberi peluang kepada bekas Menteri Besar iaitu Tan Sri Abdul Ghani Othman untuk bertanding melawan Lim Kit Siang dari DAP. 

Selain itu, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga telah mengesahkan bahawa selepas sahaja keputusan PRU - 13 diketahui, beliau bersama Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah berjumpa dengan Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin untuk memohon semula kerusi Gelang Patah dan ini telah dipersetujui oleh semua pihak. 

Amanah yang diberikan oleh Pengerusi BN dan Menteri Besar Johor adalah supaya MCA mencari calon yang terbaik untuk diletakkan di Gelang Patah pada PRU - 14 dan inilah yang telah dilakukan oleh MCA. Malah menurut Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, MCA juga telah melakukan "groundwork" bagi mengenalpasti tahap sokongan pengundi di Gelang Patah terhadap MCA dan MCA akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon mereka pada PRU yang akan datang. 

Bagi kami di #KLChronicle, penyelesaian secara berhemah kerusi Parlimen Gelang Patah ini menunjukkan politik matang yang dibawa oleh MCA dan UMNO dalam satu semangat Barisan Nasional. Ini berbeza dengan pihak pembangkang dimana mereka tidak dapat menyelesaikan masalah pertindihan kerusi sehingga berlaku pertandigan 3 penjuru seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansar, Selangor pada PRU - 13 yang lalu. 

Isu kerusi antara komponen pun tidak dapat selesai, ada hati mahu mentadbir negara. Useless!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget