Umum ketahui bahawa isu UBER dan GRABCAR merupakan satu isu yang sensitif bagi industri teksi tanah air. Malah, kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melakukan kajian yang menyeluruh dalam hal ini dan akhirnya meluluskan UBER dan GRABCAR beroperasi secara sah di Malaysia dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
Sudah pastinya keputusan yang diambil oleh kabinet ini dibantah oleh operator teksi kerana kononnya UBER dan GRABCAR akan mengganggu pendapatan mereka. Namun, operator teksi harus sedar bahawa sebelum kabinet membuat keputusan, satu kajian telah dijalankan oleh SPAD dimana menunjukkan 80% pengguna mahukan perkhidmatan ini wujud kerana UBER dan GRABCAR memberikan perkhidmatan yang lebih baik berbanding teksi konvensional.
Kembali kepada keputusan persatuan teksi untuk menyaman SPAD, ini berlaku pada December 2015 apabila segelintir operator teksi telah mengambil keputusan yang drastik memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengharamkan operasi perkhidmatan UBER, GRABCAR dan BACKLANE yang didakwa menjalankan operasi secara haram.Bagi kami di #KLChronicle, keputusan 102 orang pemandu teksi ini adalah satu "preemptive strike" untuk memastikan kerajaan tidak meluluskan perkhidmatan teksi e-hailing ini atas keputusan mahkamah.
Malangnya, beberapa hari lepas mahkamah telah membuat keputusan membatalkan saman yang dibawa oleh 102 orang pemandu teksi ini. Memetik laporan akhbar:
Mahkamah Tinggi membatalkan saman oleh 102 pemandu teksi berhubung perkhidmatan Uber, Grabcar dan Blacklane terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana mereka menggunakan cara yang salah untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap SPAD.
Hakim Datuk Su Geok Yiam berkata plaintif juga gagal mengemukakan kausa tindakan munasabah terhadap SPAD selaku defendan dalam saman itu.
Bagi kami di #KLChronicle, tindakan 102 orang pemandu teksi ini hanyalah gimik semata - mata. Ini kerana mereka sedar bahawa mereka (pemandu teksi) tidak mempunyai locus standi untuk menyaman SPAD. Malah jika dilihat dari writ saman yang dikemukakan, sepatutnya pemandu teksi ini menyaman UBER, GRABCAR dan BACKLANE namun mereka tidak membuat demikian.
Akhir sekali, bagi pemandu teksi yang selalu mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh SPAD untuk membantu mereka, kami di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi satu artikel dari kami tentang salah satu usaha SPAD untuk membantu pemandu teksi di negara ini. Sila baca link berikut:
No comments:
Post a Comment