KL CHRONICLE: PM @NajibRazak Bapa Transformasi Pengangkutan Rel di #Malaysia #MyLRT3 @AzmiAziz60 @MyRapidKL

Wednesday, August 24, 2016

PM @NajibRazak Bapa Transformasi Pengangkutan Rel di #Malaysia #MyLRT3 @AzmiAziz60 @MyRapidKL


Setiap Perdana Menteri yang mentadbir Malaysia, sejak negara mengecapi kemerdekaan, pasti akan mencipta legasinya yang tersendiri. Sebagai contoh, Tun Abdul Razak yang mengilhamkan Felda yang sehingga kini masih kekal relevan dalam menjana ekonomi penduduk luar bandar.


Inilah yang sedang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Bukan sedikit jasa beliau dalam mentransformasikan pengangkutan rel negara yang pada satu ketika dahulu pernah dilabelkan sebagai agak ketinggalan dari segi efisyen dan kemudahan serta keselamatan kepada pengguna.



Sebenarnya, perubahan kemudahan pengangkutan rel negara ini sudah dimulakan sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Pedana Menteri lagi. Di bawah pentadbiran beliau, sistem pengangkutan Komuter dan Rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT) diperkenalkan.

Malah, sistem pengangkutan ERL juga diperkenalkan pada zaman pentadbiran Mahathir di mana ianya membolehkan pelancong dari dalam mahupun luar negara, berhubung diantara Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dengan pusat Bandaraya Kuala Lumpur dengan lebih pantas dan cekap.

Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, perkhidmatan Monorel pula diperkenalkan dengan beberapa penambahbaikan dilakukan seperti perkhidmatan bas transit yang membolehkan penduduk sekitar dapat berhubung terus dengan mana-mana stesen LRT, Komuter dan Monorel.

Mengambil kira kepentingan dan keperluan pesat pengangkutan rel ini, Datuk Seri Mohd Najib menyasarkan untuk melihat seluruh pembangunan sistem pengangkutan rel ini dimajukan sesuai dengan status Malaysia yang sedang menuju kearah sebuah negara maju.

Justeru, sebagai langkah pertama, beliau menyelami terlebih dahulu segala permasalahan yang timbul melalui sistem pengangkutan LRT, Monorel dan Komuter menerusi beberapa "walkabout" yang beliau lakukan sendiri.

Hasil daripada penelitian beliau sendiri, maka lahirlah beberapa idea penambah baikan sistem rel untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Sebagai langkah pertama kearah mentransformasikan pengangkutan rel ini, beliau mahu melihat stesen-stesen LRT di ibu negara dibaikpulih sesuai dengan keperluan semasa.

Malah, gerabak-gerabak lama turut ditukar bagi menjamin keselamatan pengguna yang menggunakan sistem pengangkutan ini.

Paling diingati adalah, bagaimana beliau mahu melihat, sebuah gerabak khas disediakan khas buat kaum wanita yang pada satu ketika dahulu terpaksa berhimpit-himpit dengan kaum lelaki pada waktu puncak.

Idea ini juga turut diterjemahkan kepada sistem komuter dimana hari ini, ketepatan masa pengangkutan ini juga sudah jauh dipertingkatkan.

Lebih menarik lagi, pengangkutan train antara bandar (ETS) juga turut direalisasikan oleh beliau.

Jika dahulu, masa yang diambil untuk ke Padang Besar, Perlis dengan menggunakan keretapi mel lama mengambil masa sehingga 8 jam dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur, hari ini jurang masa berkenaan dapat disingkatkan kepada hanya empat jam.

Malah pengangkutan keretapi mel biasa yang menjadi ikon nostalgik bagi Keretapi Tanah Melayu (KTM), turut mengalami transformasi. Hari ini, kita tidak lagi melihat pengangkutan keretapi yang penuh sesak dengan penumpang sehingga terpaksa duduk di lantai. Semua gerabak train mel biasa ini sudah ditambah baik sesuai dengan peredaran semasa.

Menyedari keperluan mendesak penduduk yang tidak dihubungi dengan pengangkutan LRT di luar laluan sedia ada, beliau telah meluluskan pembinaan laluan baru LRT 2 dimana ianya meluaskan lagi rangkaian perkhidmatan LRT sedia ada.

Hari ini, penduduk Puchong, Saujana Putera dan beberapa kawasan lagi menikmati kemudahan Transit Aliran Ringan ini dengan lebih menyeluruh.

Paling menarik untuk disaksikan adalah, pembinaan High Speed Railway (HSR) yang menghubungkan KL Sentral dengan Singapura yang akan memendekkan perjalanan daripada 6 jam kepada hanya 90 minit.

Dijangkakan , projek yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026 ini dijangka mampu menjana ekonomi penduduk sekitar laluan ini serta akan meningkatkan lagi kemasukan pelancong diantara kedua-dua buah negara.

Melalui projek ini juga, ianya disasarkan mampu untuk merancakkan ekonomi bagi kedua-dua buah negara.

Inilah ikon terbaru ilham daripada kesunguhan beliau dalam mentransformasikan pengangkutan awam negara kearah lebih efisyen dan bersepadu, sesuai dengan status negara yang menuju kearah sebuah negara maju.

Datuk Seri Najib tanpa jemu mahu memastikan, semua jenis pengangkutan awam termasuk perkhidmata rel ini sentiasa dimajukan untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Tulisan :
Beruang Biru
BB16, Rabu
24 Ogos 2016

1 comment:

Cik Minah said...

BAPA TRANSFORMASI PENGANGKUTAN!...?????
Ko ni mesti melawak KL CROW....................HEHEHEHE.
Bukan ke dia MO1 yang bergelar BAPA KLEPTOKRAT.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget