KL CHRONICLE: Kini Setiausaha Akhbar PM @NajibRazak Bidas Muhyiddin Yassin

Wednesday, April 20, 2016

Kini Setiausaha Akhbar PM @NajibRazak Bidas Muhyiddin Yassin



"Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digantikan kerana beliau gagal dalam menjalankan tugasnya dan melanggar konsep tanggungjawab bersama yang menjadi asas penting kepada pembetukan Kabinet Kerajaan. Sebaliknya, beliau secara sengaja telah memujuk ahli parti yang lain untuk menjatuhkan Perdana Menteri melalui tuduhan-tuduhan tidak berasas.




"Sebagai satu rancangan Kempen Anti Najib yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin telah dijanjikan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan syarat bahawa beliau akan mendidik dan akhirnya menyerahkan jawatan tersebut kepada anak Tun Mahathir, iaitu Dato' Seri Mukhriz Mahathir.

"Ahli politik yang hidupnya berjuang tidak harus takut untuk mati dalam perjuangan. Namun sebaliknya, Perdana Menteri pula yang sentiasa menyokong pimpinan parti dan tidak pernah mencabar mana-mana rakan seperjuangan sepanjang karier politiknya.

"Perdana Menteri kita dipilih secara demokrasi untuk memimpin kerajaan. Ini adalah haknya yang sah mengikut Perlembagaan untuk merombak kabinetnya apabila perlu."

Datuk Seri Tengku Sariffuddin
Setiausaha Akhbar kepada Y.A.B Perdana Menteri

1 comment:

sarawak-stylo said...

Salam..mohon dipaut blog baru saya di blog Tuan..terima kasih

http://sarawak-stylo.blogspot.com

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget