KL CHRONICLE: Kisah Hakim Ishraf yang mengadu sikap pemandu Teksi di Johor #SPAD

Wednesday, April 20, 2016

Kisah Hakim Ishraf yang mengadu sikap pemandu Teksi di Johor #SPAD


 
RM 4. 39, itu lah harga yang dibayar oleh Encik Hakim Ishraf apabila beliau menggunakan perkhidmatan UBER di Johor Bahru baru - baru ini. Destinasi perjalanan beliau adalah dari Skudai Parade ke rumah beliau yang terletak berhampiran. Apabila tiba di Skudai Parade, perkara pertama yang dilakukan oleh Encik Hakim Ishraf adalah bertanyakan kepada pemandu teksi di Skudai Parade tambang yang perlu beliau bayar dari Skudai Parade ke rumah beliau.
 

 Rata - rata pemandu teksi mengatakan tambang adalah antara RM 15 - RM 20. Apabila ditanya bolehkah mereka menggunakan meter, pemandu teksi tersebut kelihatan marah dan tidak berpuas hati. Menyedari bahawa tambang yang perlu beliau bayar adalah terlalu mahal, Encik Hakim Ishraf telah membuat keputusan menggunakan perkhidmatan UBER walaupun ianya salah disisi undang - undang.
 
Bagi kami di #KLChronicle, kisah diatas adalah satu contoh bagaimana sikap pemandu teksi itu sendiri menyebabkan mereka kehilangan pelanggan. Sebenarnya, bukanlah salah UBER yang menyebabkan pemandu teksi kurang pendapatan, tetapi sikap pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan menjadi punca utama. Kemudian, bukan hendak memperbaiki sikap, tetapi pemandu teksi pula menyalahkan SPAD kerana kononnya tidak buat kerja.
 
Sebenarnya, SPAD telah melakukan berpuluh operasi bagi membanteras perkhidmatan UBER ini. Tetapi semua operasi yang SPAD lakukan akhirnya dirosakkan sendiri oleh pemandu teksi apabila mereka berdemo disekitar Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kerisauan dikalangan pengguna dan pelancong. Akibat takut dengan pemandu teksi, pengguna menggunakan perkhidmatan UBER. Adakah ini juga salah SPAD & Kerajaan?
 
Bagi pemandu teksi yang mencari rezeki secara halal, anda nasihatkan rakan - rakan anda yang lain. Jangan kah sebab nila setitik, imej pemandu teksi di Negara ini terus rosak.  


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget