KL CHRONICLE: Tahniah Admin Laman FB @SPADchannel kerana Aktif Berinteraksi dengan pengguna

Thursday, April 21, 2016

Tahniah Admin Laman FB @SPADchannel kerana Aktif Berinteraksi dengan pengguna


Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), terutamanya admin kepada laman Facebook SPAD iaitu https://www.facebook.com/SPAD.my/ kerana aktif melayan segala komen dan feedback yang diberikan pengguna facebook terhadap perkhidmatan pengangkutan awam darat di negara ini. 



SPAD juga secara konsisten sentiasa mengemaskini status di laman Facebook mereka dengan segala aktiviti, pengumuman dan pelan - pelan kemaskini pengangkutan awam darat bagi memudahkan pihak pengguna, iaitu kita untuk mendapatkan maklumat yang tepat dengan cepat supaya ianya akan memudahkan lagi kita untuk merancang perjalanan kita ke destinasi yang ingin dituju. 

Hasil daripada pemeriksaan kami terhadap laman Facebook SPAD sebentar, kami dapati jumlah like di page tersebut kini telah mencapai hampir 35,000 orang. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan membuktikan bahawa rakyat sentiasa memberi perhatian terhadap perkara - perkara yang berkaitan dengan pengangkutan awam darat di negara ini. Malah, segala posting SPAD juga tidak "sponsored" bermakna page SPAD mendapat "likes" dan "reach" dari segi organic dan bukannya membeli "likes" seperti page - page lain. 

Bagi mereka yang belum lagi "Like" page SPAD, anda bolehlah pergi ke link berikut https://www.facebook.com/SPAD.my/  dan like page mereka. JIka anda mahu "follow" SPAD di Twitter, anda boleh ke akaun verified mereka iaitu di  @SPADchannel . Disitu juga pelbagai maklumat serta mesej yang berkaitan pengangkutan awam darat disampaikan oleh SPAD kepada pengguna. 

Konklusinya, kami berharap lebih ramai pengguna/rakyat akan berinteraksi dengan SPAD, sama ada di Facebook mahupun Twitter untuk menyampaikan pendapat serta mungkin melaporkan sebarang aduan. Ini kerana, secara logiknya, pengguna/rakyat adalah mata - mata SPAD "on the ground" dan segala kelemahan dalam sistem pengangkutan awam kita ini dapat diperbaiki jika semua pihak iaitu pengguna, syarikat perkhidmatan dan SPAD bekerjasama. 

Bukankah kita semua mahu Malaysia mempunyai "a world class public transportation system" ? So lets work together.!



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget