KL CHRONICLE: SPR Serah Laporan persempadanan semula Sarawak kepada PM @NajibRazak

Sunday, September 6, 2015

SPR Serah Laporan persempadanan semula Sarawak kepada PM @NajibRazak



Baru-baru ini kami di #KLChronicle ada mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Tahniah SPR, Laporan Persempadanan Semula Sarawak Bakal Dibentang di Parlimen Oktober Ini - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2015/09/tahniah-spr-laporan-persempadanan.html#sthash.otBnMU46.dpuf . Hari ini, kami dimaklumkan laporan persempadanan semula tersebut telah berada di tangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. 



Perdana Menteri akan mengkaji laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu dan akan membuat keputusan sama ada syor SPR akan dibentangkan di dewan rakyat atau tidak. Mungkin ramai yang tidak tahu mengapa laporan persempadanan harus diserahkan kepada Perdana Menteri namun mengikut perlembagaan persekutuan, ianya perlu diserahkan kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan sebelum dibawa ke Parlimen. Ini adalah proses biasa. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof proses persempadanan semula akan diteruskan di Semenanjung Malaysia selepas proses persempadanan semula di Sarawak selesai. Bagi kami di #KLChronicle, kami cukup berharap bahawa laporan persempadanan semula Sarawak ini akan dibentangkan di Parlimen seterusnya diluluskan. Ini akan memudahkan lagi kerja SPR bagi proses persempadanan semula di Semenanjung Malaysia. 



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget