KL CHRONICLE: @mpkotabelud bidas @tm_insider kerana putar - belit kenyataan beliau

Saturday, September 5, 2015

@mpkotabelud bidas @tm_insider kerana putar - belit kenyataan beliau



Pagi tadi, seorang wartawan The Malaysian Insider (TMI) bertanyakan soalan berhubung respon saya terhadap kebimbangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa penyiasatan ke arah YAB Perdana Menteri tidak akan dapat dilaksanakan secara telus memandangkan mereka bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.

Saya menjawab bahawa jika pihak penyiasat bertanggungjawab kepada sesiapa pun, orang ramai tetap akan menuduh pihak penyiasat sebagai tidak telus.



Sebagai contoh, sekiranya mereka bertanggungjawab kepada Parlimen, orang ramai akan berkata bahawa mereka tidak telus memandangkan ada lebih ramai ahli parlimen BN di Parlimen berbanding pembangkang. Walau pihak penyiasat bertanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong sekalipun, orang ramai akan tetap menuduh Yang di-Pertuan Agong sebagai menyebelahi sebelah pihak sahaja. Dengan kata lain, saya hanya menjelaskan bahawa sekiranya pihak penyiasat bertanggungjawab kepada sesiapa pun, orang ramai akan tetap menuduh mereka sebagai tidak telus.

Saya turut menambah bahawa pengundi-pengundi sahaja yang boleh menentukan keputusan pilihanraya umum yang akan datang. Mereka boleh terus mengundi kami, dan mereka jugalah yang boleh menghukum kami.

Malangnya, kenyataan saya ini telah diputarbelit oleh The Malaysian Insider. Tajuk utamanya dengan gah mendakwa, “Tiada siasatan terhadap Najib akan telus, kata menteri.” Tajuk berita ini ternyata sungguh tidak bertanggungjawab. Saya tidak pernah berkata sedemikian. Apa yang saya katakan adalah bahawa sekiranya pihak penyiasat bertanggungjawab kepada sesiapa pun, orang ramai akan tetap meragui ketelusan mereka.
Saya harap TMI akan lebih bertanggungjawab dan telus dalam laporan mereka dan berhenti dari memutarbelitkan kenyataan-kenyataan saya. Saya telah meminta mereka membetulkan laporan mereka dengan segera.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget