KL CHRONICLE: PKR Kata Jangan salahkan peniaga Cina tak turun harga barang

Tuesday, January 13, 2015

PKR Kata Jangan salahkan peniaga Cina tak turun harga barang

Dulu kata lain, sekarang kata lain?
PKR mengatakan hari ini rakyat tidak boleh menyalahkan peniaga Cina yang tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah turun hampir 50%. 



Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang mempunyai kuasa dalam isu harga barang atas dasar "pengaruh besar" dalam pasaran peruncitan dan perkhidmatan negara.

"PKR berpendapat tindakan Putrajaya melepaskan tanggungjawab dengan menyalahkan peniaga dan lebih teruk membiarkan sahaja aktivis Umno menyebarkan dakyah kononnya harga barang tidak diturunkan kerana ketamakan golongan Cina," kata ahli Parlimen Pandan itu pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Rafizi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan di Twitter awal bulan ini yang menyatakan peniaga perlu menurunkan harga barang selepas kerajaan mengurangkan harga petrol dan diesel. – 13 Januari, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget