Wednesday, January 14, 2015
Jom Jumpa @AKaprawi & @ahmadmaslan di Tongkang Pechah 16 Januari Ini
#KLChronicle says : Kami di KL Chronicle telah mendapat maklumat dari sahabat kami di Parlimen Sri Gading, Johor bahawa satu program "Ceramah Isu Semasa" akan diadakan pada 16 Januari ini.
Antara speaker yang hadir adalah Timbalan Menteri Kewangan,merangkap Ketua Penerangan UMNO iaitu Datuk Ahmad Maslan. Program ini juga akan disertai Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Aziz Kaprawi.
Sudah semestinya apabila dua tokoh penting dalam pentadbiran negara turun ke program Ceramah isu semasa sebegini, antara topik yang pasti disentuh adalah berkenaan GST, Harga Minyak, BR1M dan maklumat berkaitan subsidi kerajaan untuk meringankan beban rakyat.
Melihat kepada topik yang akan dibincangkan kami menyeru rakyat di sekitar kawasan Sri Gading mahupun Johor turun beramai-ramai ke program ini untuk mendengar sendiri penerangan oleh Timbalan Menteri berbanding mendapatkan maklumat Facebook yang umum ketahui penuh dengan fitnah dan penipuan berbanding fakta yant sebenar.
JOM!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment