KL CHRONICLE: Beza Antara Sukarelawan PLKN vs MACAI Bersih 2.0

Sunday, January 11, 2015

Beza Antara Sukarelawan PLKN vs MACAI Bersih 2.0


Sebentar tadi kami di #KLChronicle telah mendapat gambar diatas melalui aplikasi WhatsApp. Bila kami nilaikan gambar tersebut, terbukti mesej yang cuba disampaikan oleh salah seorang pembaca kami adalah tepat iaitu sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, Barisan Nasional dengan sebaik mungkin cuba untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam anak muda kita kerana mereka adalah masa depan negara. Namun;


dipihak pembangkang pula, mereka nampaknya lebih berminat untuk menerapkan nilai-nilai negatif dalam minda anak muda kita. Pembangkang tahu, dalam keadaan negara yang huru-hara mereka dapat merampas kuasa dari kerajaan Barisan Nasional melalui "anarchy". Namun sebagai rakyat dalam negara yang berbilang kaum, adakah ini yang kita mahu?

Kami di #KLChronicle suka dengan cara kepimpinan Datuk Noor Ehsanuddin, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN). Beliau seorang pemimpin yang sangat menekankan pentingnya Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Adab dalam pergaulan dan hormat-menghormati antara kaum sebagai tunjang kepada pembangunan negara. Perkara ini jugalah yang diajar kepada anak muda dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Melihat kepada pentingnya adab dalam pergaulan dan hormat-menghormati antara kaum, pelatih PLKN kini merupakan antara anak muda yang paling ramai terlibat dalam misi bantuan banjir di Pantai Timur, terutamanya Kelantan & Terengganu. Kami di #KLChronicle melihat ini sebagai satu perkembangan yang positif dimana anak muda yang dididik dengan baik dari usia muda akhirnya menyumbang kepada masyarakat dalam cara yang baik. 

Jadi kita sebagai anak muda perlu tanya kepada diri kita. Siapa yang kita hendak ikut? Pelatih PLKN yang membanting tulang membantu masyarakat atau MACAI yang turun berdemo dalam Bersih yang hanya menghancurkan negara?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget