KL CHRONICLE: MCA turun beri bantuan Pakaian & Kasut Sekolah di Kelantan, Pemimpin PAS kat mana?

Sunday, January 11, 2015

MCA turun beri bantuan Pakaian & Kasut Sekolah di Kelantan, Pemimpin PAS kat mana?


Menyedari bahawa rakyat di Kelantan telah kehilangan harta benda mereka setelah ditimpa bencana banjir baru-baru ini, parti MCA bersama NGO mereka iaitu Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) [http://www.crsm.org.my/cms/] telah bertindak proaktif dengan memberi bantuan pakai dan kasut sekolah kepada kawasan di Kelantan yang telah terjejas teruk akibat banjir. 



Gambar anak kecil menerima bantuan dari MCA
Perkara yang menarik perhatian kami adalah MCA nampaknya sedar tentang masalah yang dihadapi oleh mangsa di Kelantan, dan juga mendengar denyut dan nadi rakyat apabila antara perkara yang mereka (mangsa) mahu adalah alatan dan bantuan persekolahan. Umum ketahui bahawa kadang-kala bantuan yang diberikan oleh NGO ataupun parti politik tidak dapat diguna pakai oleh mangsa atas sebab-sebab tertentu. 

Bantuan tidak kira agama atau bangsa
Malah, kami di #KLChronicle juga sebenarnya tertarik dengan cara MCA menyalurkan bantuan apabila mereka tidak mengira kaum atau agama mangsa. Bantuan terus diberikan kepada mereka yang layak tanpa apa-apa prejudis. Ini adalah satu langkah yang sangat baik dan berkesan sekaligus membuktikan bahawa walaupun pemimpin MCA adalah rakan yang berbangsa Cina namun mereka bekerja untuk semua kaum di Malaysia.

Anak kecil diukur size baju dan seluar mereka
Melihat kepada kesungguhan MCA ini, kami pun tertanya dimana perginya pemimpin PAS negeri Kelantan? Mereka sebagai wakil rakyat yang telah diamanahkan oleh rakyat negeri Kelantan untuk menjaga kebajikan negeri nampaknya hilang dari pandangan. Sehingga sekarang diberitakan bahawa Ahli Parlimen Tumpat, Kuala Krai dan sebagainya hanya melawat mangsa banjir cuma beberapa kali. 

Wajah anak yang ceria sebelum sesi persekolahan bermula
Jika inilah standard pemimpin PAS Kelantan, kami di #KLChronicle menyarankan rakyat Kelantan agar pilih lah Barisan Nasional pada PRU akan datang. Mereka di Barisan Nasional telah membuktikan keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk membantu rakyat Kelantan walaupun tidak dipilih pada PRU yang lalu. Tidakkah wajar rakyat Kelantan juga memberikan kepercayaan mereka kepada BN pada PRU akan datang?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget