|
Dato Seri Liow Tiong Lai mendengar taklimat dari District Officer Bentong Dato Azhar (Topi Merah) dan YDP Majlis Perbandaran Bentong Muhammad Shahid (Berbaju Merah) |
Susulan daripada hujan lebat selama beberapa hari, tapak pembinaan jambatan baru Sungai Bentong telah menghadapai masalah tanah jerlus yang kritikal seterusnya semua kenderaan yg hendak menuju ke Raub atau ke Kelantan melalui Bandar Bentong terpaksa dilencongkan ke jalan alternatif Felda Sertik-Mempaga - Kg. Lebu - Raub. Menyedari perkara ini melibatkan kawasan parlimen beliau, Dato Seri Liow Tiong Lai terus bergegas ke tempat kejadian untuk melihat sendiri masalah yang telah berlaku.
|
Dato Seri Liow Tiong Lai melihat kawasan tanah jerlus |
Setibanya di tempat kejadian, Dato Seri Liow Tiong Lai telah diberikan taklimat oleh Pegawai Deerah Bentong Dato Azhar dan YDP Majlis Perbandaran Bentong Muhammad Shahid mengenai laluan alternatif untuk kegunaan penduduk Bentong dan kawasan sekitarnya.
|
Dato Seri LTL bersama Tentera dan agensi tempatan |
Kami di #KLChronicle sebenarnya ingin memuji sikap Dato Seri Liow Tiong Lai yang dilihat sangat prihatin terhadap isu di kawasan parlimen beliau. Walaupun insiden tanah jerlus ini dilihat "kurang kritikal" berbanding isu banjir, namun beliau dengan sangat cepat tiba di kawasan insiden untuk menilai sendiri tahap kerosakan yang berlaku dan berbincang bagaimana untuk mengatasi masalah ini bersama agensi tempatan.
|
Dato Seri Liow Tiong Lai berbincang dengan jurutera JKR |
Ini berbeza dengan pemimpin PAS di Kuala Krai, Tumpat dan di kawasan sekitar yang LAMBAT turun untuk memberikan bantuan kepada penduduk setempat yang ditimpa masalah. Bagi kami, pemimpin pembangkang yang LEMBAB ini wajar ditendang keluar pada PRU yang akan datang kerana mereka ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada orang Kelantan. Betul tak?
Well, kami tidak mahu "cakap banyak", tapi pembaca boleh menilai sendiri gambar dibawah:
|
DS LTL berbual bersama penduduk kampung |
|
Berbual bersama penduduk di taman yang terjejas |
|
DS LTL melihat kawasan projek |
No comments:
Post a Comment