|
Cake yang dapat 'bertahan" selama tiga bulan |
Malam tadi penulis menerima satu email dari seorang pengguna Islam yang melahirkan kebimbangan beliau terhadap Cake keluaran syarikat Massimo yang dikatakan dapat tahan sehingga tiga (3) bulan tanpa rosak. Bagi penulis, ini merupakan satu perkara yang agak ganjil kerana selalunya roti atau bahan bakeri hanya dapat bertahan lebih kurang seminggu sebelum "rosak".
|
Beli bulan 6, tapi expired bulan 8? |
Lebih tepat lagi, kegusaran pengguna ini adalah berkaitan dengan muffin Massimo "Chiffon" seperti gambar diatas. Persoalan saya adalah apa bahan pengawet yang digunakan oleh Massimo dan adakah ia selamat untuk dimakan oleh pengguna seperti kita ini? Kadang kala sebelum kita membeli sesuatu makanan yang meragukan kita harus siasat dahulu apa bahan yang digunakan.
Setelah melakukan sedikit kajian, saya mendapati tidak ada satu website pun yang mengatakan bahawa muffin chiffon dapat bertahan selama tiga bulan. Jika dilihat dari gambar table dibawah, muffin chiffon hanya dapat bertahan paling lama 2 bulan, itu pun jika ia dimasukkan ke dalam freezer. Jadi bahan pengawet apa yang Massimo gunakan sehingga dapat bertahan hingga 3 bulan?
|
Cake chiffon hanya mampu bertahan 2 bulan, macam mana cake Massimo boleh tahan 3 bulan? |
Saya berharap, pihak berkuasa dapat memantau perkara ini dan memastikan makanan yang dikeluarkan oleh Massimo ini selamat dan halal dimakan oleh kita orang Islam. Janganlah kita mengambil risiko dengan memakan sesuatu yang was-was keadaanya dan menyesal kemudian. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment