KL CHRONICLE: FELDA, sebuah kejayaan kerajaan Barisan Nasional dan Tun Abdul Razak

Wednesday, January 20, 2016

FELDA, sebuah kejayaan kerajaan Barisan Nasional dan Tun Abdul Razak


Federal Land Development Authority (FELDA), yang ditubuhkan pada tahun 1956 untuk meningkatkan taraf sosio – ekonomi masyarakat Melayu Malaysia kini terbukti merupakan satu modul yang sangat berjaya. FELDA dimulakan oleh 28 orang peneroka dari Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan berpindah ke Lurah Bilut sekitar 1958. Kini, selepas hampir 60 tahun FELDA beroperasi, berdiri megah ibu pejabat FELDA di tengah Kuala Lumpur dengan hasil pendapatn berbillion ringgit setiap tahun. 

Kejayaan FELDA pada masa ini dan wawasan yang diidamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak diteruskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Zaman pentadbiran Datuk Seri Haji Najib transformasi FELDA telah dapat dilihat dari segi penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd di Bursa Malaysia, pembinaan ibu pejabat FELDA di KLCC, penubuhan Stadium FELDA di Jengka dan sebagainya. 




Malah, bukan sahaja projek bertaraf dunia, FELDA dibawah pentadbiran kerajaan Perdana Menteri dan dikemudi oleh Pengerusi Tan Sri Isa B Abdul Samad juga telah membina beribu rumah mampu milik untuk generasi kedua FELDA. Ini susulan dari permintaan generasi kedua peneroka yang mahukan rumah mampu milik kerana kos memiliki rumah pada masa ini terlalu tinggi hasil manipulasi developer – developer swasta. 

Bukan sahaja rumah mampu milik, FELDA juga menyediakan biasiswa bagi anak – anak peneroka meneruskan pengajian sama ada di dalam atau pun diluar negara. Biasiswa ini bertujuan untuk menjadikan anak – anak FELDA professional dalam bidang  tertentu seperti kedoktoran, kejuruteraan, undang – undang dan sebagainya. Sekaligus ini akan memberikan anak - anak ini peluang untuk memperbaiki diri dan menjadi berjaya suatu hari nanti. 

Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional, Perdana Menteri dan juga Pengerusi FELDA berbeza dengan sikap pemimpin pembangkang. Barisan Nasional telah terbukti memberikan komitmen yang tinggi dalam politik #KhidmatBakti dimana objektif utama kerajaan dan FELDA adalah untuk membantu rakyat namun objektif utama pembangkang adalah untuk membangkang segala polisi yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan sosio – ekonomi rakyat. Malah, BR1M juga dikritik oleh pihak pembangkang kerana kononnya pemberian wang tunai kepada rakyat akan menjadikan rakyat malas!

Kami di #KLChronicle berharap rakyat dapat menilai mana baik dan mana buruk dalam memilih pemimpin kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional telah terbukti sejak merdeka mewujudkan banyak program untuk kesejahteraan rakyat. Malah, sehingga hari ini program – program transformasi yang dibawa Barisan Nasional telah terbukti membawa banyak manfaat. Diharap usaha murni kerajaan Barisan Nasional ini dapat berterusan. 
#Kipidap

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget