KL CHRONICLE: Video Nik Aziz Kata DAP tak ganggu PAS sebab terima dasar Islam Tapi Kini Karpal Singh Pula Minta PAS Dibubarkan? #KLChronicle

Wednesday, November 6, 2013

Video Nik Aziz Kata DAP tak ganggu PAS sebab terima dasar Islam Tapi Kini Karpal Singh Pula Minta PAS Dibubarkan? #KLChronicle

Pertama, sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Ahli PAS kerana telah berjaya memenangi kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti sebanyak 1,084 undi. Ini berbeza dengan kemenangan Ustaz Azizan sebelum ini yang telah memenangi kerusi DUN Sungai Limau dengan majority 2,591 undi. Penurunan sokongan oleh orang Kedah terhadap PAS telah merosot sebanyak 42% dalam hanya tempoh 5 bulan dari tarikh PRU yang lepas. Ini menunjukkan kerusi DUN Sungai Limau, jika BN betul-betul mengotakan janji mereka insyallah bakal kembali kepada BN pada PRU - 14. 



Kedua, saya ingin mengucapkan juga tahniah kepada Ahli PAS, kerana dengan penat lelah saudara berkempen untuk memastikan calon saudara menang di Sungai Limau, sahabat baik saudara Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan berikut:



Ketiga, kenyataan Karpal Singh ini pula bertentangan dengan statement yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS. Saudara Nik Aziz Nik Mat telah berkata dalam video dibawah bahawa "DAP tidak ganggu PAS kerana terima dasar Islam" . Persoalan saya sekarang, jika betul DAP terima dasar islam kenapa pula sekarang Karpal Singh mahu parti berlandaskan agama dimansuhkan?

Lihat video DISINI
Keempat,  mana perginya Timbalan Presiden PAS? sampai ke hari ini (2 hari) Karpal SIngh mengeluarkan kenyataan beliau, satu kenyataan/statement pun tidak keluar dari mulut Timbalan Presiden PAS Mat Sabu, yang saya nampak hanyalah tindakan "hero" Tuan Ibrahim Tuan Man (baca SINI & SINI) yang cuba defend PAS dan konon-konon "bidas" Karpal SIngh. 

Sebagai konklusi kepada entri saya malam ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli PAS, setelah berpenat lelah dan berjaya memenangi DUN Sungai Limau, rakan anda sendiri (DAP) minta parti anda dibubarkan. Wallahualm. 

1 comment:

Anonymous said...

Komen Tuan Garu- Jangan ambil hati sebab Karpal Pusing tu kan OKU... kesian dia

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget