KL CHRONICLE: Menyedari Mereka Kehilangan Sokongan, Kini PAS bantah kenyataan Karpal #KLChronicle

Wednesday, November 6, 2013

Menyedari Mereka Kehilangan Sokongan, Kini PAS bantah kenyataan Karpal #KLChronicle


PAS secara rasmi membantah cadangan Karpal Singh supaya parti berasaskan agama dan kaum dimansuhkan dan menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tersebut.


Ini adalah untuk kesekian kalinya Karpal dilihat memberikan masalah kepada Pakatan Rakyat, khasnya PAS.
Sebelum ini, kenyataan Karpal yang berkata, "langkah mayat saya dulu sebelum hudud dilaksanakan" dijadikan senjata oleh musuh Pakatan Rakyat untuk menyerang PAS dan rakan-rakannya.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar),  berkata PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal untuk memahami perjuangan PAS.
"Apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyakarat majmuk di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau meminta Karpal menilai sendiri keupayaan PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada 1999 dan Kedah pada 2008 daripada segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim.
"Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan,” katanya.
Katanya, Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kenyataan sesuka hati.
"Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar daripada mulut pemimpin Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau berkata, Karpal sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR . – 6 November, 2013.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget