KL CHRONICLE: Azhar Harun sebagai Speaker Dewan Rakyat, tiada orang lain dah ke?

Monday, July 6, 2020

Azhar Harun sebagai Speaker Dewan Rakyat, tiada orang lain dah ke?


1. Hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun (Art Harun) dicalonkan sebagai pengganti Speaker Dewan Rakyat, Ariff Yusoff. Pencalonan Art Harun oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah satu perkara yang pelik, janggal dan amat mengecewakan. 


2. Ini kerana umum ketahui bahawa Art Harun merupakan seorang yang rapat dengan beberapa pemimpin pembangkang seperti Dr. Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin serta NGO yang pro Pakatan Harapan seperti Bersih. 




3. Ini dapat dibuktikan dengan tindakan NGO Bersih pada 22 Sept 2018 yang sanggup mengeluarkan satu kenyataan media menyokong Art Harun dilantik sebagai Pengerusi SPR oleh kerajaan Pakatan Harapan. Sudah semestinya Bersih akan menyokong perlantikan seorang yang ideologi – nya sama dengan mereka. 


4. Selain itu, kami di #KLChronicle juga gusar dan bimbang perlantikan Art Harun ini sedikit sebanyak akan menyukarkan agenda pemerkasaan ummah yang dibawa oleh Muafakat Nasional (MN). Umum ketahui bahawa MN menyokong penuh Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) yang dibentangkan satu ketika dahulu. 

Katakan jika PAS atau UMNO membawa usul RUU 355 ini, adakah Art Harun sebagai Speaker Dewan Rakyat akan menerima usul ini? 

5. Perlantikan Art Harun sebagai Speaker Dewan Rakyat juga merupakan satu “missed opportunity” bagi kerajaan PN mengetengahkan calon anak muda sebagai Speaker Dewan Rakyat. Perlantikan seorang calon anak muda yang professional dan berintegriti dapat memberikan satu persepsi dimana kerajaan PN mementingkan penglibatan anak muda dalam pentadbiran negara. 

Malangnya, perkara ini tidak dapat dikecapi dengan Art Harun sebagai Speaker Dewan Rakyat. 

6. Lagi satu yang suka kami tanya adakah Art Harun akan mengambil tindakan ke atas Jelutong yang sering menimbulkan huru hara di dalam dewan? Ini kerana telah terbukti bahawa Jelutong merupkan satu manusia yang langsung tidak mengendahkan peraturan dewan namun beliau selalu terlepas kerana merupakan Ahli Parlimen Kerajaan pada satu ketika dahulu. 

Beranikah Art Harun? 

7. Akhir sekali, kami di #KLChronicle merasakan terdapat ramai lagi manusia yang layak menjadi Speaker Dewan Rakyat. Ramai rakyat Malaysia yang telah bertahun – tahun berjasa kepada Agama, Bangsa dan Tanah Air kita yang tercinta. Sudah semestinya kerajaan PN memilih mereka ini berbanding Art Harun yang pada pendapat kami lebih sesuai kekal sebagai Aktivis undang – undang berbanding Speaker Dewan Negara. 

8. Kepada Allah swt. Kami Berserah.

6 comments:

Anonymous said...

Semak senarai daftar pengundi terkini..

Anonymous said...

Lantik semula Pendekar Amin Mulia sebagai Speker Dewan Rakyat...biar pembangkang tau beradab sedikit.

Anonymous said...

Dulu gunakan Singapura Celaka News Straits Times WSJ sekarang dalang yang sama gunakan AlJazeera

Sengaja saya tak komen pasal Al Jazeera supaya rakyat Malaysia boleh nilai sendiri apa hubungan mereka dengan PH – Najib.

Gunakan Sarawak Report dah tak laku lagi

Sengaja saya tak komen tentang laporan program 101 East Al-Jazeera yang memfitnah dan memburukkan negara berhubung pendatang tanpa izin dua hari dahulu.

Supaya Rakyat Malaysia boleh tengok dan nilai sendiri bahawa program ini banyak mengikut naratif orang PH serta NGO-NGO pro-PH. Dah bertahun-tahun, saya merupakan orang yang menerima kesan paling teruk dari program ini.

Misalnya laporan mereka tahun 2015 untuk kes Altantuya di mana mereka dah lama cop saya sebagai pembunuh pada masa geng PM4 sedang memainkan isu ini.
Dan juga pada wawancara tahun 2018 mereka apabila wartawan berkali-kali ingkar janji untuk tidak bertanya tentang kes 1MDB kerana kes baru masuk mahkamah masa itu dan saya dinasihatkan untuk tidak komen.

Tetapi mereka tetap tanya juga walaupun dah berjanji sebelum wawancara bermula untuk tidak tanya. Namun setelah wawancara bermula, saya ada juga jawab sedikit. Tetapi selepas saya jawab, dia tanya benda yang sama sekali lagi pulak!

Mana tak bengang masa itu? Dan tahun 2019 lepas juga apabila 101 East gunakan wawancara Deepak untuk banyak memfitnah saya dengan pelbagai tuduhan liar.

Selepas itu, Deepak kalah dalam mahkamah pada awal tahun ini dengan alasan hakim bahawa Deepak tidak ada sebarang bukti dan dia diarahkan untuk membayar kos kepada kita pulak.

Dalang yang dulu melalui Singapura Celaka Pusat Fitnah Malaysia NST WSJ dan terkini Al Jazeera dan dalang adalah masih orang yang sama.

Modus Operasi Dalang celaka ini masih sama iaitu "FITNAH JIJIK"

Unknown said...

Tiada orang lain lagi ke nak bagi dia jadi speaker Dewan rakyat

Bunny said...

Setuju. Lantik semula Pendekar Amin.

Anonymous said...

Nak tenguk jeLUTONG berteriak teriak masa awal sidang parlimen apabila usul tukar speaker dan timbalannya. Komeng tu aku memang very the allergic tenguk muka eksen dia!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget