KL CHRONICLE: Datuk Mohd @RazlanRafii : Apa PH Cuba Buktikan Dengan Mencabar Titah Sultan Johor

Thursday, June 4, 2020

Datuk Mohd @RazlanRafii : Apa PH Cuba Buktikan Dengan Mencabar Titah Sultan Johor


"Namun sekiranya terdapat gerakan tertentu dan berkeras menolak Raja-Raja Melayu sehingga ke dinding, dengan rasa rendah diri Patik memohon agar Majlis Raja-Raja menggunakan peluang yang ada untuk mencari jalan memperkasakan, memperbetulkan dan memperbaiki Perlembagaan Negara termasuk memperkasakan kuasa Raja - Raja Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia. Sekiranya Akta Darurat perlu digunakan untuk menulis semula Perlembagaan Negara, ini adalah masa sesuai sebelum menyerahkan kuasa memilih kepada rakyat." - Razlan Rafii


1. Saya merujuk kepada titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Armarhum Sultan Iskandar bahawasanya “Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor (DUN) serta merta”.

2. Secara peribadi, saya berpendapat titah DYMM Sultan Johor adalah tepat dan sesuai dengan keadaan politik semasa di Johor di mana pihak Pakatan Harapan (PH) sebagai pembangkang nampaknya masih tidak bosan bermain politik dalam cubaan menggugat kestabilan kerajaan negeri ini semata – mata ingin memenuhi agenda politik kotor mereka. Dalam keadaan suasana suram yang tidak menentu ini, PH sepatutnya mendahulukan kepentingan dan mencari inisiatif bersesuaian demi kebaikan rakyat. 

3. Ditambah lagi dengan sikap segelintir pentaksub PH yang mempersoalkan kuasa DYMM Sultan Johor dalam membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor. Ingin saya ingatkan mereka serta pemimpin parti pembangkang supaya jangan mulakan sikap kurang ajar dalam mempersoalkan kuasa – kuasa DYMM Sultan Johor. 

4. Semasa PH berkuasa, kita semua tahu bagaimana mereka membelakangi kuasa Majlis Raja – Raja Melayu sehingga hampir menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan menandatangani Statut Rom di mana ianya adalah satu tindakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Alhamdulillah, ketika itu rakyat dan Majlis Raja – Raja temasuk DYMM Tuanku Sultan Johor bangkit dengan lantang bersuara menghalang perkara ini daripada diteruskan.

5. Jika diteliti dari undang – undang tubuh Negeri Johor, Perkara 23 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor menyebut DYMM Sultan Johor mempunyai kuasa untuk memulakan dan menangguhkan sidang DUN atas nasihat.  Begitu juga dengan Perkara 23(2) yang menyebut baginda mempunyai kuasa untuk membubarkan pada peringkat pertengahan walaupun sidang DUN belum berakhir tetapi mesti atas nasihat dan ini tertakluk kepada Perkara 7(1).

6. Perkara 7(2)(b) pula menyebut bahawa DYMM Sultan Johor boleh bertindak atas budi bicaranya untuk tidak memberi perkenan baginda dalam membubarkan DUN. Perkara paling pokok di sini adalah perkataan ‘Budi Bicara’ di mana jika DYMM Sultan Johor berkehendakkan bahawa adalah demi kebaikan rakyat dan negeri Johor supaya DUN dibubarkan atas nasihat Menteri Besar maka tindakan membubarkan DUN boleh dilaksanakan. 

7. Semua pihak harus sedar bahawa negara kini sedang bergelut dengan pelbagai cabaran semasa dan mendatang seperti pandemik Covid-19, kes pengangguran yang tinggi serta kelembapan ekonomi akibat harga minyak dunia yang merosot. Oleh itu, kestabilan politik adalah amat penting bagi memastikan negara kembali kepada landasan asal demi kesejahteraan rakyat. 

8. Tidak dinafikan, saban hari ada saja gerakan yang dilakukan pelbagai pihak bagi melemahkan Institusi Di Raja di sini. Umum ketahui bahawa PH yang memulakan dan membenarkan perkara ini berlaku sewenang-wenangnya ketika mereka di tampuk pemerintahan dengan menutup sebelah mata. Hari ini dan akan datang, kita tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi atas dasar kebencian dan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya timbul sekiranya rakyat Malaysia menjiwai Rukun Negara dan memahami apa yang dimaksudkan dengan Raja Berpelembagaan.

9. Namun sekiranya terdapat gerakan tertentu dan berkeras menolak Raja-Raja Melayu sehingga ke dinding, dengan rasa rendah diri Patik memohon agar Majlis Raja-Raja menggunakan peluang yang ada untuk mencari jalan memperkasakan, memperbetulkan dan memperbaiki Perlembagaan Negara termasuk memperkasakan kuasa Raja - Raja Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia. Sekiranya Akta Darurat perlu digunakan untuk menulis semula Perlembagaan Negara, ini adalah masa sesuai sebelum menyerahkan kuasa memilih kepada rakyat.

10. Demi memperkasakan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta dari jatuh semula ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti sebelum ini, kami rakyat sentiasa menjunjung tinggi kelangsungan Kesultanan Melayu sebagai teras utama politik negara.

Daulat Tuanku!

DATUK MOHD RAZLAN RAFII
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh

6 comments:

Anonymous said...

Dari blog Laman Reformasi tajuk entry dari PENJARA KE PUNCAK KUASA... walaweii

Fuyoo tak kan nak samakan Brother dengan Nabi Yusof... agak agak la bro... nak jek smpi planet pluto pi lantak la... ni nak samakan dng nabi... bawak tobat lah wahai blogger laman reformasi

Tak kisah 1 majority ka 10 ka atau berapa baek..!!


Sesaja jer nak ulang siaran.... nak bagi peringat sket sebelum walaun unta semua terkinja kinja riang


Nasihat 20 sen dari ako

Bring it on atok..!!

Brother bring it on.!!


Kerusi-kerusi Parlimen PH yang bakal lingkup jika Parlimen dibubarkan July 2020 ini atau yang mana lebih dulu :

1. Kangar
PH = 20,909
BN + PAS = 23,771

2. Jerlun
PH = 18,695
BN + PAS = 25,242

3. Kubang Pasu
PH = 29,984
BN + PAS = 30,350

4. Pokok Sena
PH = 28,959
BN + PAS = 41,791

5. Kuala Kedah
PH = 36,624
*lBN + PAS = 36,624

6. Merbok
PH = 30,902
BN + PAS = 40,448

7. Sungai Petani
PH = 45,532
BN + PAS = 46,723

8. Padang Serai
PH = 31,724
BN + PAS = 38,360

9. Kulim Bandar Baharu
PH = 23,159
BN + PAS = 31,184

10. Parit Buntar
PH = 16,753
BN + PAS = 25,967

11. Tambun
PH = 38,661
BN + PAS = 48,289

12. Lumut
PH = 21,955
BN + PAS = 31,690

13. Tanjung Malim
PH = 24672
BN + PAS = 29,625

14. Raub
PH = 20,659
BN + PAS = 25,366

15. Indera Mahkota
PH = 28,578
BN + PAS = 35,143

16. Kuantan
PH = 22,807
BN + PAS = 28,363

17. Temerloh
PH = 23,998
BN + PAS = 36,828

18. Bentong
PH = 25,716
BN + PAS = 29,390

19. Sungai Besar
PH = 17,350
BN + PAS = 23,856

20. Hulu Selangor
PH = 40,783
BN + PAS = 44,012

21. Kuala Selangor
PH = 29,842
BN + PAS = 29,879

22. Kapar
PH = 47,731
BN + PAS = 57,837

23. Kuala Langat
PH = 43,239
BN + PAS = 44,858

24. Titiwangsa
PH = 23,840
BN + PAS = 26,546

25. Kuala Pilah
PH = 18,045
BN + PAS = 22,192

26. Tampin
PH = 22,435
BN + PAS = 26,031

27. Tangga Batu
PH = 32,420
BN + PAS = 36,722

28. Sri Gading
PH = 21,511
BN + PAS = 22,771

29. Tanjung Piai
PH = 21,255
BN + PAS = 23,693

30. Putatan
PH = 14,106
BN + PAS = 14,201

Jika dicampur jumlah kerusi

BN 79 + PAS 18 + 30 = 127 Kerusi Parlimen
Kalau + GPS 19 + Bersatu 18 = 164

FORMULA PH MELINGKUP = PAS + UMNO + TEPOK

Anonymous said...

Insyaallah PRU 15 Muafakat Nasional akan memerintah M'sia .

M'sia lebih aman tanpa Dapigs, Matdey dan Nuar .

Anonymous said...

DEPA YANG MULAKAN GENDANG PERANG, NAJIB DISALAHKAN

Bekas PM Najib Razak ditempelak oleh Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh kerana tergesa-gesa mencadangkan pilihan raya umum ke 15 ketika wabak Covid 19 masih bergejala, sekolah ditutup dan ekonomi menderita
Menurut Ahli Parlimen Segambut itu, Najib amat tidak bertanggungjawab mencadangkan pilihan raya bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik di negara ini
Beliau merujuk kenyataan Najib pada 3 Jun, apabila menyarankan Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai menyusun prosedur operasi standard (SOP) untuk pilihan raya.
“Ketika sekolah masih belum lagi dibuka, kedai gunting rambut hilang pendapatan selama 3 bulan dan sebahagian rakyat diberhentikan kerja, pemimpin Umno ini hanya sibuk mencadangkan untuk diadakan pilihan raya.
“Beliau malah sampai peringkat mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan dan SPR untuk segera merangka SOP untuk menghadapi pilihan raya,”

Hanna Yeoh parti kau yang bising akhirnya kau jugak yang meroyan mencipan

Bangangnya tak bertempat merata rata kebanganganya. Apa yang susah sangat Hannah Yeoh nak faham- Najib

1. Yang letak jawatan dan tumbangkan kerajaan? Perdana Menteri PH.

2. Yang usulkan undi tidak percaya dalam parlimen untuk jatuhkan kerajaan baru? PH dan Warisan.

3. Yang bermesyuarat minggu lepas untuk tumbangkan kerajan PN? Majlis presiden PH.

4. Yang dituduh letak kepentingan politik melebihi negara pada masa Covid? Najib pulak.

Dengar baik-baik Hannah dan PH.

Saya cuma cadangkan bubarkan parlimen untuk kembalikan mandat pada Rakyat melalui pilihanraya JIKA PH terus merebut kuasa dengan cubaan-cubaan berteruskan untuk tumbangkan kerajaan.

Mendapat mandat baru dari Rakyat agar kerajaan lebih kukuh dan stabil untuk melawan krisis ekonomi Covid.

Cara paling adil bagi semua dan paling sesuai untuk selesaikan kemelut politik.

Apa susah nak faham, Hannah?

Ni lah yang dikata bangang tak bertempat..

Point 1-3 Hannah tak nampak ke? Atau buat-buat buta tak nampak?

Point 1-3 bukan permainan meletak kepentingan politik melebihi negara pada masa Covid ke?

Korang yang tak habis-habis rebut kuasa sehingga kerajaan tak stabil.

Saya cuma cadangkan cara penyelesaian paling adil pada Rakyat tapi saya pulak yang dituduh letak kepentingan politik melebihi negara?

Giler betul, PH. Tak ke bangang name nye tu..!!

Anonymous said...

kalau tak derhaka, bukan PHancing namanya... kerja mereka cuma mengencing rakyat.. terdesak nak berkuasa utk tutup segala salah laku selama jadi kera jaan 22 bulan... skrg pemimpinnya dlm ketakutan kerana banyak kes yg bakal terbongkar.. itu sebabnya mereka bermati-matian nak kembali berkuasa!

Rakyat dah faham & akan hancurkan mereka dlm PRU15 nanti.. itu pasti 💪

MURNI SANTI said...

SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI PAGE INI
INI IALAH CERITA SAYA

Saya MURNI SANTI, seorang wanita, ibu, kakak dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGURUS ESTATE SEBENAR dan saya mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tidak ada yang mahu meminjam wang kepada kami untuk menyelesaikan projek komersial kami yang telah dibina dalam beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang menuntut sejumlah besar wang daripada saya tanpa kami menerima pinjaman.

Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik mungkin dan menolong, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu berat untuk ditanggung dan saya kehilangan harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL sebuah syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan memberitahu saya jangan bimbang syarikat itu akan meminjamkan wang kepada saya, walaupun jumlah yang saya perlukan sangat besar, dan semua yang saya dapat berikan kepada mereka keperluan yang merupakan beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

Saya melalui semua proses, mereka berjanji akan meminjamkan wang yang saya minta setelah mengesahkan saya layak untuk mendapat pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. Kami syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya berjaya dengan baik ini menjadikan hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan semua PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL
GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

UNTUK MENGHUBUNGI SAYA
NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
EMAIL Syarikat: allglobalgrantloan@gmail.com.
Whatsapp Syarikat: +1(304)997-4034
Nama Saya: MURNI SANTI
E-mel Saya: murnisanti55@gmail.com

Asmaul said...

Nama saya Asmaul Khusnuliyah, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya yang sebenarnya di sini di platform ini agar semua pencari pinjaman berhati-hati dengan pemberi pinjaman di internet

Setelah beberapa lama mencoba mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman online tetapi saya ditipu dan kehilangan Rp. 12,3 juta untuk seorang pria di Afrika. Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, maka saya berdiskusi dengan teman saya Bu Mitu Maria yang kemudian memperkenalkan saya dengan Ibu Helen Wilson, Manajer Kantor Keuangan WEMA, sehingga teman saya meminta saya untuk memproses pinjaman saya dengan Ibu Sarah. Maka saya menghubungi Bu Sarah melalui email: helenwilson719@gmail.com dan juga di WhatsApp: +1-585-326-2165

Saya mengajukan pinjaman sebesar Rp640 juta dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman tersebut disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit, karena tidak memerlukan jaminan dan penjamin untuk pengalihan pinjaman tersebut, Saya diberitahu untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi untuk mentransfer kredit saya dan dalam waktu kurang dari 4 jam, uang pinjaman saya dimasukkan ke rekening bank saya.

Saya kira itu bercanda sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa rekening saya sudah dikreditkan Rp640 juta. Saya sangat senang akhirnya ALLAH menjawab doa-doa saya dan Dia telah memberikan saya keinginan hati saya.

Semoga ALLAH memberkati Bu Helen yang telah memberi saya kehidupan yang adil, maka saya berpesan kepada siapapun yang berminat mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Bu HELEN WILSON via email: (helenwilson719@gmail.com) dan WhatsApp: +1-585-326-2165 untuk pinjaman Anda

Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian sejati hidup saya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa kepada ALLAH untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut melalui email saya: (asmaulkhusnuliyah1@gmail.com)
Salam pembuka

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget