KL CHRONICLE: Railwaymen Union Malaysia (RUM), berhentilah cuba sabotaj pelan pemulihan KTMB #MalaysiaBaru #RelevankahRUM?

Monday, April 29, 2019

Railwaymen Union Malaysia (RUM), berhentilah cuba sabotaj pelan pemulihan KTMB #MalaysiaBaru #RelevankahRUM?


Railwaymen Union Malaysia (RUM), satu entiti yang diketahui lantang dalam usaha  - usaha mensabotaj segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan, melalui Kementerian Pengangkutan nampaknya kini masih meneruskan agenda jahat dan jijik mereka dengan mendesak supaya Perbadanan Aset Keretapi (Railway Assets Corporation, RAC) dibubarkan. 

Desakan jijik ini boleh dilihat dari posting - posting yang dilakukan oleh Abdul Razak Md Hassan (Presiden RUM) di laman Facebook beliau di : 




Bagi kami di #KLChronicle, agak lucu apabila Razak cuba menunjuk pandai dalam mendesak supaya RAC dibubarkan dan beliau mahu segala - galanya (asset) dikembalikan kepada KTMB. Persoalanya sekarang, Razak fikir KTMB mampu untuk menyelesaikan segala permasalahan sedia ada dengan hanya membubarkan RAC dan mengambil segala asset dibawah tadbiran RAC sekarang?

Razak harus ingat bahawa RAC sudah mempunyai "blueprint" yang jelas bagaimana untuk membaik pulih, memajukan serta meningkatkan pulangan industri rel di negara kita ke tahap yang memberangsangkan. Ini bukan cerita - cerita kosong di Facebook seperti yang dilakukan oleh Razak, tetapi pelan yang jelas yang diceritakan sendiri oleh Azhar Ahmad, Pengurus Besar RAC semasa sesi temuramah beliau bersama The Malaysian Reserve. 

Rujuk : https://themalaysianreserve.com/2019/03/26/rail-industry-set-to-be-back-on-track/

Pertama sekali, antara pelan yang dibawa oleh RAC adalah membuka ruang kepada pemain industri swasta (MRO) ini kerana, berdasarkan kajian KTMB yang menyatakan bahawa pengunaan landasan adalah sebanyak 55% operasinya maka ada pengisian 45% yang boleh diisi dengan pemain industri swasta atau mewujudkan "second operator" atau "mutiple operator" dengan cuba mengunakan teknik UK dan Australia.

Idea ini sangat bagus, kerana memandangkan landasan KTMB sedia ada tidak digunakan pada kadar yang optimum, lebihan 45% "kekosongan" landasan ini boleh "disewa" atau "dipajak" kepada operator lain sekaligus meningkatkan pendapatan RAC seterusnya, meningkatkan pendapatan kerajaan. Ini merupakan satu win - win situation bagi ramai pihak, jadi mengapa Razak kalut dan takut akan persaingan?

Kami ada banyak lagi perkara yang hendak diceritakan, tapi kami akan keluarkan dalam artikel yang berikut. Pesanan kami kepada Razak, sudah - sudahlah membawa pemikiran budak tadika kedalam pentadbiran RUM dan KTMB. Semua pihak sedang berusaha untuk memulihkan KTMB dan industri Rel negara. 

Anda seorang sahaja yang masih tidak mahu berubah. Takut apa?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget