KL CHRONICLE: Shamsul : Kenyataan Kit Siang Bukti DAP Anti Islam

Sunday, March 10, 2019

Shamsul : Kenyataan Kit Siang Bukti DAP Anti Islam


1. Kenyataan Lim Kit Siang bahawa hukuman penjara 10 tahun 10 bulan oleh mahkamah ke atas Alister Cogia, pemilik akaun FB Ayea Yea, kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sebagai keterlaluan, adalah satu lagi bukti DAP anti-Islam dan gemar mensensasikan isu isu agama.




2. Seharusnya, Kit Siang tidak perlu membuat apa apa komen terhadap hukuman ke atas penghina agama Islam itu, kerana mahkamah membuat keputusan itu berlandaskan undang undang negara, yang mengenakan hukuman berat ke atas mana mana netizen yang menggunakan media sosial atas alasan agama bagi menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci dengan  niat jahat atau memudaratkan perpaduan.

3. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata polis menggunakan Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 234 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi mendakwa Alister kerana kesalahan itu sangat serius, malah sudah menfailkan pertuduhan di bawah akta sama ke atas 3 lagi pemilik FB, atas kesalahan sama.

4. Kit Siang wajar menggunakanhukuman itu sebagai satu  pengajaran bagi mendidik mana mana rakyat, khasnya pengikut DAP dan pasukan RBA, supaya tidak memomokkan agama Islam, Allah, menghina Nabi Muhammad SAW.

5. Menuduh hukuman 10 tahun ke atas penghina agama Islam sebagai "excessive" menampakkan watak sebenar Kit Siang dan DAP, yang kelihatan memandang ringan penyebaran bahan bahan menghina agama Islam. Apakah kerana DAP sangat liberal? Jika benar, kita nak bertanya,apakah pendirian anak anak muda Melayu beragama Islam, yang menjadi ahli DAP, digunakan DAP sebagai alat propoganda DAP sekarang?

6. Majoriti daripada  kecaman ke atas Islam di media sosial, dipercayai datang dari kumpulan berkait dengan pasukan RBA, bertujuan memporak-porandakan keharmonian dan mengugat perpaduan negara. Memanglah kenyataan ini akan dinafikan oleh DAP, tetapi dunia siber arif dan sedar bahawa RBA adalah "sangat rapat" dengan DAP.

7. Sesuatu yang pelik adalah, sementara kenyataan daripada Kit Siang memberi peringatan kepada rakyat supaya "berhati-hati" jika didatangi berita atau artikel mencurigakan, dalam nafas yang sama Kit Siang dan kepimpinan DAP tidak pula mengambil langkah menasihatkan pasukan RBA mereka supaya jangan terus menerus menyebarkan bahan bahan yang boleh mengugat keharmonian kaum dan menghina agama.

8. Kit Siang wajar  "walk the talk". Jika negara ini hendak dipelihara keamanan dan perpaduan kaum, maka perlulah ada tindakan dari semua pihak supaya tidak mengkucar-kacirkan bibit perpaduan. 

9. Malah, sebenarnya keharmonian kaum, toleransi agama dan hormat menghormati sesama kaum ini sudah diasaskan dengan baik oleh pimpinan kerajaan BN (dahulu Perikatan) sejak kemerdekaan. Malangnya, ia mula terganggu sebaik saja PH, yang didominasi DAP,  mengambilalih kerajaan sejak Mei 2018.

*YB DATO' DR SHAMSUL ANUAR HJ NASARAH*
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
10 Mac 2019

203 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 203 of 203
Anonymous said...

3 sekawan...3 ketul taik.

Anonymous said...

3 ketul taik.

Anonymous said...

SAJAK FITNAH BOSSKU FITNAH DARI MAHA FITNAH


BUDAYA BARU KONON BARU

FITNAH SEBANYAK MUNGKIN SELAGI MAMPU

BUKTI DAN FAKTA KIRA KEMUDIAN

KALAU DAH KANTOI BOLE DI U-TURN KAN

MALU APA BOSSKU KASI FITNAH DULU

TUA BANGKA KRONI DI JAGA SELALU

TIPU BOHONG AJARAN DARI DULU

COMAMGO LISBO PEJUANGAN ANAK CUCU

KAYA SLOGAN ISLAM POLITIK TOKSIK BERCELARU

BAHANA REZEKI FITNAH BOHONG PENIPU SELALU


BUDAYA BARU MALAYSIA BARUA..


SEKIAN...

«Oldest ‹Older   201 – 203 of 203   Newer› Newest»

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget