KL CHRONICLE: Harga RON 95 sepatutnya RM 1.90, Kini rakyat pula beri subsidi kepada kerajaan #MalaysiaBaru

Saturday, December 22, 2018

Harga RON 95 sepatutnya RM 1.90, Kini rakyat pula beri subsidi kepada kerajaan #MalaysiaBaru


Rakyat pula beri subsidi pada kerajaan. Harga sebenar RON95 = RM1.90.

Belanjawan 2019 diumumkan oleh Guan Eng dengan andaian harga minyak dunia Brent pada harga US$72 satu tong pada awal bulan lepas tetapi selepas itu, harga minyak dunia telah terus jatuh menjunam.


Semalam, harga Brent ialah di sekitar US$52 satu tong.  



Sebagai perbandingan, harga Brent semasa BN kalah ialah US$73 satu tong dan harga RON95 ialah RM2.20 satu liter.

Ini bermakna, sejak awal bulan lepas, kerajaan PH telah kenakan cukai sebanyak 30 sen seliter ke atas RON95.

Harga sebenar petrol RON95 sepatutnya antara RM1.90 sehingga RM2.00 sejak sebulan dahulu berbanding harga RM2.20 sekarang.

Kerajaan PH telah mengutip cukai sebanyak RM120 juta dari penjualan RON95 setiap minggu dari rakyat.

Semasa berkempen, PH telah membuat pelbagai janji selama di dalam ceramah mereka bahawa mereka akan menurunkan harga petrol kepada RM1.50 hingga RM1.80 satu liter.

Oleh itu, rakyat ada hak untuk menuntut kerajaan PH untuk berhenti dari mengenakan cukai ke atas RON95 dan membenarkan rakyat menikmati harga petrol yang lebih rendah akibat kejatuhan harga minyak dunia.

Bulan lepas, kerajaan PH telah umumkan mereka akan apung semula harga petrol pada bulan April.

Mengapa tidak apungkan sekarang juga untuk membenarkan rakyat untuk menikmati harga petrol yang lebih rendah sekarang memandangkan tempoh sekarang ialah tempoh penuh dengan hari perayaan?

Subsidi tidak diberi, bantuan dipotong atau dimansuhkan, tetapi kerajaan PH dengan senyap mengutip cukai ke atas RON95 dan diesel pula?

Memang SST bermakna Senyap-Senyap Tibai.

Secara jujur, saya tidak pernah mengenakan satu sen cukai ke atas petrol RON95 di dalam tempoh saya sebagai Perdana Menteri.

Pada masa harga minyak dunia tinggi sehingga US$120 satu tong, kami memberi subsidi yang amat tinggi setiap minggu.

Selepas harga petrol RON95 diapungkan pada November 2014, kerajaan BN membenarkan rakyat menikmati harga petrol yang lebih rendah pada masa itu apabila harga minyak dunia turun.

Ramai yang mungkin lupa bahawa RON95 pernah dijual pada harga RM1.60 atau RM1.70 satu liter untuk tempoh yang agak lama di tahun 2015 dan 2016.
Rujuk sini: http://www.theedgemarkets.com/article/ron95-rm160-ron97-rm195-diesel-unchanged-march

Kita tidak kenakan cukai pada masa harga minyak dunia rendah. 

Tidak sama  dengan kerajaan PH sekarang yang lakukannya tanpa anda sedari.

Apabila saya dilantik sebagai PM pada April 2009, antara langkah pertama saya ialah menggantikan minyak RON92 dengan petrol lebih berkualiti iaitu RON95.

Fakta menunjukkan bahawa ketika saya hilang kuasa, harga RON95 adalah RM2.20 - iaitu lebih rendah berbanding RON92 yang dijual pada RM2.40 ketika saya menjadi Menteri Kewangan pada 2008 .

Ini bertentangan dengan andaian orang ramai bahawa saya menzalimi rakyat dalam isu harga petrol.

Siapa yang sebenarnya zalim sekarang?

6 comments:

Anonymous said...

Sst senyap senyap tipu la tu

Anonymous said...

Hutang negara 1 TRILLUUUNNNNNNN beb! 1 TRILLLIUUUUUUUUUUUUUNNN!!!!

PENIPUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!

Anonymous said...

Kera jaan yg suka menipu tak akan kekal lama, haru biru sepanjang masa. Ingat, doa rakyat marhaen mudah dimakbulkan..

Anonymous said...

Untuk jadikan minyak@hydrocarbon lebih kompetetif, Arab Saudi perlu mengepam lebih banyak minyak untuk jadikan harga dalam USD 40-50 per barrel. Ianya dapat "slowdown"kan industri tenaga alternatif seperti tenaga angin, solar dan sebagainya. Arab Saudi mempunyai simpanan minyak yang cukup untuk ratusan tahun...he..he.. padan muka PH!!!

Anonymous said...

Asas kemenangan PH dengan cara menipu dan memfitnah tak akan kekal. JOM SEMUA PARA NELAYAN, PENOREH GETAH, PENEROKA SAWIT, PEKERJA SWASTA, GURU2, SEMUA KAKITANGAN KERAJAAN, PENSYARAH2 DSB SAMA2 KITA ISTIQAMAH DAN MENOLAK PH DALAM PILIHANRAYA KE 15 AKAN DATANG. SAMA2 KITA ISTIQAMAH, RAPATKAN SAF....

Anonymous said...

Punah ph...punah ph...punah ph...duit rakyat yg tkder pilihan..mesti membeli petrol utk kegunaan harian..yg bersusah2 dikebas nya..1 liter cecah 30..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget