KL CHRONICLE: BERSATU lindungi kepentingan orang Melayu?

Saturday, December 29, 2018

BERSATU lindungi kepentingan orang Melayu?


#KLChronicle : Pada pendapat kami, nak dengar cakap Pakatan Harapan boleh, tapi nak percaya baik jangan. Manifesto pun boleh tipu, ini pula hendak jaga kepentingan orang Melayu konon tapi kerusi Parlimen cuma ada 13. Kena ketuk sikit dengan DAP terus bisu. Apa pendapat pembaca?

Kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai parti Melayu adalah kerana orang Melayu di negara ini masih percaya mereka memerlukan parti Melayu untuk melindungi mereka dan kepentingan masyarakat itu, kata Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.


"Mereka (orang Melayu) mahu seseorang untuk melindungi mereka..dan mereka percaya bahawa hanya orang Melayu boleh melindungi mereka, jadi mereka mahukan parti ini. Sekiranya kita (Bersatu) tidak memenuhi hasrat mereka, kita (Pakatan Harapan) tidak akan mendapat sokongan mereka dan kita akan sentiasa kalah," kata Dr Mahathir dalam temu bual dengan organisasi-organisasi media terpilih di pejabatnya di sini.
Perdana Menteri berkata jika beliau dan beberapa bekas pemimpin UMNO tidak menubuhkan Bersatu dan tidak menekankan bahawa Bersatu juga merupakan parti Melayu, beliau pasti bahawa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Barisan Nasional (BN) dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentu telah memenangi pilihan raya.
"Ya, seperti Pilihan Raya Umum ke-13, undi majoriti atau popular (dalam PRU14) memihak kepada pembangkang tetapi disebabkan struktur kawasan pilihan raya, BN masih memenangi pilihan raya dan seterusnya membentuk kerajaan..tetapi mereka membentuk kerajaan pencuri yang tidak cekap, kleptokrasi," kata Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan.
Ketika ditanya sama ada Bersatu boleh mengumpulkan kekuatan seperti UMNO untuk meraih undi Melayu, Dr Mahathir berkata orang Melayu sentiasa mahukan parti yang kuat kerana UMNO sekarang lemah selepas mengalami kekalahan dalam PRU lepas dan ramai anggota parlimen dan pemimpinnya telah meninggalkan parti dan merancang untuk keluar UMNOi.
"Bersatu adalah parti Melayu. Yang lain (parti komponen lain dalam PH) semuanya adalah parti berbilang kaum. Mereka (orang Melayu) mahu menyertai Bersatu. Jika mereka tidak menyertai Bersatu, maka ke mana mereka akan pergi. Mereka tidak boleh bersama UMNO..UMNO telah berakhir.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/bersatu-akan-lindungi-kepentingan-melayu-dr-mahathir-1.812338#ixzz5b4SrkFeU 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

7 comments:

Hanan said...

cakap bohong, lama2 mencuri...22 dulu beliau memerintah melayu masih ditakuk lama...boleh percaya ke dia akan melindungi melayu??

Anonymous said...

MEMANG BETUL, DENGAR BOLEH, PERCAYA JANGAN.
AUTA KUAT
TEMBERANG KUAT
MENIPU KUAT
KENCING KUAT
KAKI KELENTONG
KAKI BELIT
KAKI U TURN
KAKI BANGKU

Anonymous said...

Mamak mmg mcm tu.dh tau lama..klentong kalah keling..macam air..

Anonymous said...

cerita dia ada kekayaan trillion dan kawan baik dia ada bank kat luar negara tu betul kut, 22 tahun memerintah takkan tak da apa apa… kawan ada bank luar negara, tentu senang nak tt duit ke luar negara, tambah pula gabnor bank negara masa tu org lantikan dia...dengar cerita je..dap perak ada cakap hal ni jugak dulu dulu kan... ikan bilis dengan jerung tentu jerong menang...

Anonymous said...

InsyaAllah akar umbi UMNO masih kuat, masih ramai yang tahu erti terimakasih... Biarkanlah pemimpin2 yang tidak amanah itu keluar beramai2.

Anonymous said...

Melayu yg akan dilindungi aada dari kalangan anak beranak ipar duai dia aje la.. .

Anonymous said...

Kenapa dia madey kata Najib/UMNO dan BN tak cekap & pencuri??

Apa yg cekap sangat dan baiknya kerajaan baru PH ni??

KDNK negara jatuh
Ringgit jatuh
Pelabur asing tarik diri dari saham kita
Kerajaan tak ada duit (dikatakan deficit sebanyak lebih 50 billion)
Jual aset kerajaan dan orang melayu
Banyak bantuan kepada rakyat teah dihapus dan dikurangkan
Pemimin menteri kabinet byk yg mangkuk dan penipu
Menteri tak cekap
Harga barang naik menggila
Janji2 tak ditepati
Rakyat makin susah
Minyak dunia jatuh....Malaysia dah tak ada daya tahan sbb GST dah dihapus.
Malaysia boleh bangkrap dan rakyat akan jadi lebih sengsara tahun depan jika minyak terus turun..
Petronas, FELDA, TH dirompak sesuka hati untuk menampung kekurang pendapatan kerajaan yg teruk akibat pemansuhan GST....hampir 50 billion hilang...
Nak harap SST, byk org kaya & peniaga mata sepet yg lari dari byr cukai...SST sistem cukai yg tak telus....Hanya negara bodoh ajer yg dari GST balik ke SST


Rindu zaman Najib/BN - mangsa fitnah terbesar abad ini.
Allah akan tunjukkan siapa yg benar dan siapa yg penipu besar...


Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget