KL CHRONICLE: UMNO yang tidak bertanding, Mengapa Guan Eng yang Gundah Gulana?

Tuesday, September 25, 2018

UMNO yang tidak bertanding, Mengapa Guan Eng yang Gundah Gulana?


1.      Saya berasa sangat hairan mengapa Setiausaha Agung DAP, YB Lim Guan Eng, melompat sakan apabila UMNO mengumumkan tidak akan menggantikan MIC bagi PRK Port Dickson.



2.      Lim Guan Eng mendakwa keputusan BN untuk memboikot PRK Port Dickson kerana tahu mereka tidak akan menang, bukan kerana merasakan ia satu pembaziran. Menurut Guan Eng lagi, "seluruh perjuangan mereka (Umno dan BN) bukan kerana prinsip dan idealisme tetapi lebih kepada keuntungan, untuk kuasa."

3.      Kenyataan ini sangat aneh kerana UMNO telah pun bertanding di PRK Sungai Kandis walaupun tahu ia kawasan tradisi PKR yang sukar ditembusi.

4.      MCA pula bertanding di PRK DUN Balakong walaupun tahu ia kubu kuat DAP sejak berpenggal-penggal. Barisan Nasional turut turun membantu Pas di DUN Seri Setia walaupun tahu akan kalah.

5.      Jadi tuduhan Lim Guan Eng bahawa UMNO takut kalah, hilang semangat dan ideologi perjuangan sebenar adalah satu hujah lekeh yang tidak boleh beliau pertahankan.

6.      UMNO membuat keputusan untuk tidak bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson kerana merasakan PRK ini satu agenda politik Pakatan Harapan (PH) bukannya untuk kepentingan rakyat.

7.      PRK ini adalah permainan politik dalaman PH. Yang meletak jawatan wakil rakyat PKR, yang bernada protes juga di kalangan sesama mereka. Yang akan bertanding sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 juga adalah di kalangan mereka.

8.      Maka kita di pihak UMNO tidak perlu terbabit dengan permainan politik dalaman mereka. In sha Allah jika ada PRK lain atas sebab yang tidak dapat dielakkan seperti kematian atau meletak jawatan kerana sakit, UMNO dan pembangkang lain pasti akan bertanding.

9.      Cuma yang menjadi tanda tanya kepada saya, mengapa Lim Guan Eng begitu marah kerana UMNO tidak mahu bertanding? Apakah beliau tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8?

10.  Sepatutnya Lim Guan Englah orang paling gembira bila Anwar mendapat laluan mudah dalam PRK kali ini. Malangnya, beliau begitu terkesan dengan keputusan ini sehingga perlu mengadakan wawancara dengan Malaysiakini untuk menyerang UMNO.

11.  Pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dua tahun selepas PH memerintah adalah sebahagian dari manifesto mereka. Banyak janji manifesto mereka tidak dapat ditunaikan.

12.  Justeru tindakan UMNO tidak bertanding ini bolehlah dilihat sebagai membantu PH melaksanakan salah satu manifesto mereka. Sekurang-kurangnya mereka tidak akan menyalahkan UMNO jika mahu memungkiri janji manifesto yang satu ini.

13.  Rakyat pasti tertanya-tanya mengapa Lim Guan Eng tidak mahu Anwar Ibrahim mendapat laluan mudah. Apakah DAP ada agenda lain yang bertentangan dengan kehendak Anwar Ibrahim?

Dato' Seri Mahdzir Khalid
Naib Presiden UMNO
Ahli Parlimen Padang Terap

33 comments:

Anonymous said...

Takut nuor jd pm. Takut jawatannya bungkus. Pi jd km pp balik. Nuorkan ada kabinetnya sendiri. Tentu pro jemin pro madey berdegup kencang. Tentu nuor letak orgnya. Abihla dap. Tertonggeng la. Menteri ribut cari tetek perpuluhan.

Anonymous said...

madey dah siapkan skrip liwat 3.0 katanya
madey org yang paling celaka sekali..sekarang dia mesti pastikan anwar takkan naik jadi pm

tak percaya tunggu la.. najib tersenyum sahaja sekarang..anwar akan terima nasibnya pula..itulah seronok sangat nak kasi madey masuk ph..

Anonymous said...

Tips untuk orang2 Muslim Malaysia membeli belah, elakkan kedai2 yang mempunyai tulisan2 cina, elakkan membeli produk2 yang mempunyai tulisan cina, dan yang lebih penting elakkan mengunjungi kedai2 yang ada colok atau kuil2 kecil atau yang ada bau colok kerana ianya boleh membahayakan/memudaratkan kesihatan dan boleh menyebabkan kanser hidung. Anda dapat mengubahnya kepada yang lebih baik!!!!

Anonymous said...

Anwar selalu ulang ulang ayat yg sama. Kata percaya mathir akan serah tugas pdnya selepas 2 thn. Walaupun mathir sering mengeluarkan kenyataan berlawan arah seperti lgbt dll. Seperti biasa nak alih isu tuding ke umno. Babi mati tergolekpun umno boleh disalahkan.

Ada yg persoal 2 thn tu lambat lagi. Mengapa nuor tergesa gesa sgt. Sbr je lah. Ni baru 4 bln. Hahaha. Nuor dah bsr pjg dah pikir pjg.

Nuor ada plan. Mathir pun sama. Nuor dah pikir pjg. Cuba lihat kondisi pm7. Kubur kata mari mari mari. Org kata bila bila masa je. paham paham je lah. Jika sesuatu berlaku, nuor bkn ap, tentu sukar utk dilantik jd pm. Tentu suara nuor tdk berhak utk pilih pm8. Suara isterinya tak kuat. Dijerkah dap senyapla. Dah tentu org lain dikalangan ap dilantik jd pm. Kempunan lagi pm8.

Tak kan nak tunggu pm9. Takde dlm perjanjian. Hanya pm8. Jijah tpm pun belum tentu selamat. Tak mustahil diganti org lain. Adakah dap berdiam diri? Tersalah langkah dap yg jd pm.

Apa lagi nuor kena pecut dilantik ap. Adakah dap sokong nuor? Jika sokong dah tentu dap gembira umno tak bertanding. Menang percuma. Tapi dap pertikai pulak. Ada apa? Adakah jika nuor tuada dlm parlimen, dap lebih mudah menguasai jawatan utama? Isteri nuor tpm tu kacang je. Tonton drama seterusnya.

Anonymous said...

Keputusan UMNO tidak bertanding di PD adalah langkah yang sangat tepat, keputusan2 berginilah yang rakyat nanti2kan... kepada KJ bila lagi anda nak keluar UMNO, inilah masa terbaik, lama dah rakyat nantikan?

Anonymous said...

Setuju sangat dgn pendapat ni.

Anonymous said...

PRK Kajang 2008 dulu pun BN tak bertanding juga bila balaci setia nuar peliwat letak jawatan sbgai ADUN utk beri laluan peliwat jd MB dlm Langkah Kajang. Tak pelik pun...

Menteri hong kong ni pulak yg lebih kuah dari sudu.

Anonymous said...

ubah undang2 pilihanraya.tidak boleh sengaja kosongkan kerusi parlimen atau dun kecuali sakit kritikal atau mati.jika kosongkan juga,calon dari parti yg mendapat tempat kedua akan mengambil alih tempat dia.

Anonymous said...

Maaf, typo. PRK kajang 2014

Anonymous said...

HELO....HELO....MEDEY...MEDEY....BALIK CEPAT...GUA MANYAK TALAK SINANG HATI OIII...INI NUAT SUDAH BIKIN KACAU OII...TAK LAMA LAGI KITA SEMUA KENA TONGGENG OIII....KIHKIHKIH....

Anonymous said...

Woiiii pengundi melayu yg bagi undi kat dap. Tengok apek ni. Yg ni dia peduli sgt. Kos brg naik dia peduli ka? Apa dah jd dgn sst? Ada dia kisah kos sara hidup? Mimpi la engkau org di siang hari mengharap apek dap peduli beban hidup kau. La ni kau bertambah beban ka?

Anonymous said...

Keputusan Umno tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson adalah satu keputusan di luar kebiasaan parti dan disifatkan akan mempunyai kesannya tersendiri pada masa hadapan.

Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini secara peribadi tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan partinya itu untuk tidak meletakkan calon pada PRK itu 13 Oktober ini.

“Ia (tindakan tidak meletakkan calon) tidak akan berakhir di situ. Ia akan memerlukan kepimpinan parti turun padang, menjelaskan kepada anggota-anggota kita di situ (Port Dickson) tentang apa yang mereka perlu buat apabila tibanya pilihan raya.

“Ia sama ada adakah mereka perlu mengundi pembangkang (pihak lawan), adakah mereka langsung tidak perlu mengundi atau apa akan terjadi sekiranya mereka mengundi pihak lawan kerana jika itu berlaku, mereka akan dituduh mengundi lawan yang akhirnya sebabkan mereka kena tindakan tatatertib mengikut perlembagaan parti,” kata Ketua Umno Bahagian Sembrong itu.

Anonymous said...

Mesyuarat Biro Politik Umno yang membincangkan pendirian parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson semalam dikatakan berlangsung dalam suasana panas.

Menurut sumber, sebelum kata putus dicapai ada dua kumpulan saling mempertahankan hujah masing-masing.

Di satu pihak katanya mereka mahu Umno meletakkan calon dan tidak memberikan laluan mudah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi PRK berkenaan.

Satu pihak lagi pula katanya berpendapat Umno lebih wajar membiarkan PRK berkenaan berlangsung tanpa meletakkan calon.

Kata sumber itu kumpulan yang tegas menolak untuk Umno meletakkan calon diketuai Timbalan Presiden Umno Datuk Mohamad Hasan, manakala pihak berada di posisi bertentangan - antaranya - ialah Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Yang saya tahu Tok Mat memang tegas dan konsisten tak nak dan kata tak perlu letak calon, sedangkan Asyraf Wajdi pula memang nak Umno bertanding,” kata sumber itu lagi.

Anonymous said...

KUALA LUMPUR, 15 Muharram 1440H, Selasa – Tindakan Barisan Nasional (BN) memboikot pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober depan, ibarat seperti merendahkan parti berkenaan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, BN digesa supaya tidak memberikan pelbagai alasan selepas menolak untuk bertanding dalam perebutan kerusi itu.

Beliau berkata, parti itu sepatutnya meletakkan calon dan tidak terlalu memikirkan keputusan sama ada menang atau kalah dalam pemilihan berkenaan.

“Keputusan itu memeranjatkan, saya menjangkakan Mohamad (Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan) akan dipilih sebagai calon BN di Parlimen Port Dickson, tetapi UMNO memberikan pelbagai alasan.

“Jangan berikan pelbagai alasan selepas menolak untuk bertanding, sepatutnya BN meletakkan calon kerana menang atau kalah itu soal lain,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Anonymous said...

APA PULAK KATA MEDEY....MEDEY BALIK DARI MELANCONG NANTI....

TAK TAHU...TAK TAHU....TAK AMBIK TAHU....

SIAP KO MEDEY.....LEPAS NI...

Anonymous said...

EKELEH....TAK YAH NAK GADUH SANGAT SAMADA BERTANDING ATAU TIDAK.....INI SEMUA POLITIK POYO.....

HE..HE....TAK SABAQ NAK TUNGGU DRAMA PANAS LEPAS SI NUAT NI ADA SEBELAH MEDEY....TUNGGU....

Anonymous said...

MEDEY....MEDEY....ADIK NUAT NAK MAI NI......UMMMMHHH!!!!

Anonymous said...

Ini ikhlas katanya ke? Bkn apa hisham pun salah sorang jumpa madey. Ada plan ka?

Aku dah berat nak percaya org atas pi jumpa madey. Sakit hati. Selama ni pun dia byk membisu mcm petinggi yg lain. Tau tau keluar parti. Ada fail merah atas meja? Yg ni pulak berbunyi. Cam mana nak menang jika yg atas byk membisu. Harapkan akar di bawah berjuang bermati matian utk kau org. Suruh akar setia. Alhamdulillah dah keluar sorang sorang. Ada org kata bila keluar umno cakap mcm mcm penanda dah ada file merah atas meja.

Anonymous said...

Hanya prk ni je. Takde kesannya kat parti. Lebih baik fokus dan serang lawan dgn isu yg berlambak kat pasaran. Bkn senyap je. Ni tak dah lah senyap boleh pulak cari salah sesama umno. Barisan pemuda umno dah nampak perubahan. Sokongan bawah tetap kuat.

Anonymous said...

Tu namanya mesyuarat. Panas ka sejuk ka adat la. Parti lain pun sama. Biarkan. Jgn pulak hal dlm bawak keluar. Mcm dulu bocor rahsia. Kalau isu dlm bawak keluar lingkup la mcm dulu. Simpan la sikit rahsia tu.

Anonymous said...

Aku tak rasapun merendahkan parti. Aku lebih terasa pemimpin umno yg dpt segala gala keluar parti tu yg merendahkan parti dan dirinya.

Kita nak dgr cakap perkasa. Selama ni apa dia dah buat kat umno. Ketika bersama madey dia cakap apa? Tu tak merendah umno ke? Bkn ke dia nak tubuh parti baru? Pecah lagi melayu. Suruh je dia letak calun.

Anonymous said...

Sapa la yg bocor rahsia ni. Tau byk nampaknya? Ni pasti org dlm.
Sudah sudahlah kau org ni. Dlm twitter kebanyakkannya org bawah yg takde jawatan betul betul berjuang utk parti.

Anonymous said...

Engkau ni buat lawak pulak. Bengkekk hati madey teringat ingat muka penggantinya. Hihihihi

Anonymous said...

Org dah cakap mcm mcm kat umno. Tetiba pula kita nak dgr cakap dia. Buat keputusan sendiri laaaa bkn dgr cakap org yg burukkan parti kita.
Cibaiiiiiii betul... kita yg merendahkan diri kita sendiri.

Anonymous said...

Hebat betul ph ada agenda utk anak muda. Pendidikan percuma. Mansuh ptptn. Lepas tu tunggu cecah 4ribu baru byr. Sejota pekerjaan menanti. Gaji minima 1500. Halau org asing ganti anak muda kerja. Hapus akta u, anak muda bebas bersuara. Waduh waduh berbunga bunga anak muda undi parti bunga. We love tun.

Tummmmm zuppppp mcm kilat menyambar. Tak malu tak amanah tak jujur tak bertanggungjawab. Byrlah hutang ptptn namapun hutang. Sepuluh sen pun wajib byr tau. Pm kesayangan ko tu malu, anak muda gaji beribu tak byr ptptn.

Ambik kauuuuuu. Tak bermaruah tak byr hutang.
Kah kah kah

Ayat keramat ph semasa kempen:
Mansuh ptptn. Ptptn duit rakyat.
Petronas untung bilion boleh bagi pendidikan percuma.
Dah berkuasa asik sebut HUTANG HUTANG HUTANG. HUTANG NEGARA. HUTANG PTPTN.

Anonymous said...

Sl1m ada dah mansuh. Meraban cari kerja. Padah percaya kat janji sejuta kerja gaji 2500. Konon nak halau org asing. Pi mintak kerja tanya pengalaman kerja. Dah tak kerja mana ada pengalaman.

Manfaat sl1m..
Jika ada kosong atau bagus terus diserap kerja tetap. Byk berhasil.
Dpt pengalaman kerja. Senang nak mintak kat tempat lain. Ada la sikit pengalaman dr takde langsung. Bila tanya pengalaman dah ada.

Kisah anak muda takde kerja ni jd salah satu kempen ph. La ni dah senyap semua pemimpin ph. Tak jd isu lagi. Diberhenti kerja ada la.

Anonymous said...

Kiriman Emel Pembaca: MAHATHIR, BAPA KEHANCURAN BANGSA MELAYU
September 20, 2018 Naimah Shaari 288 Views 1 Comment


1. Mahathir seperti Rasputin, adalah tokoh tokoh gila yang begitu berpengaruh di zaman mereka.

2. Jika Rasputin berjaya meyakinkan rakyat dan Raja Russia (Czar Nicholas II) sehingga mereka yakin Rasputin mempunyai kuasa mistik lalu membawa kepada kejatuhan sistem beraja negara itu, Mahathir pula berjaya mempengaruhi bangsanya sendiri untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin agung dengan pelbagai muslihat tersembunyi.

3. Mahathir mempunyai sikap seperti Asoka yang membunuh semua adik beradiknya dengan penuh kejam ketika menaiki takhta kerana bimbang mereka akan merampas kuasa daripadanya. Mahathir pula sentiasa memburuk burukkan semua pemimpin Melayu lain kerana tidak mahu ada pemimpin lain yang disanjung selain daripada dirinya. Mahathir dengan kegilaan yang dimilikinya akan lakukan apa saja untuk memusnahkan saingannya.

4. Sama seperti raja raja kuno yang membakar kota lama peninggalan raja sebelumnya bagi memadam kegemilangan raja itu, Mahathir sedang melakukan perkara yang sama dengan ‘membakar’ UMNO kerana dia tidak mahu melihat munculnya seorang pemimpin yang lebih baik dari dirinya untuk memacu parti ini.

5. Begitu taksubnya orang-orang Melayu terhadap tipu daya Mahathir sehingga ramai yang percaya bahawa Mahathir ada jawapan kepada segala masalah yang mereka hadapi. Walhal Mahathirlah punca kepada segala masalah yang mereka hadapi.

6. Taksubnya orang Melayu terhadap Mahathir apabila mereka dengan mudah mengizinkan bangsa mereka dilabel sebagai malas dan bodoh oleh Mahathir. Secara tidak langsung Mahathir ingin mengatakan pada Melayu bahawa mereka tidak boleh menjadi kaya seperti anak anaknya kerana mereka malas dan bodoh. Kerana itu Melayu menjadi buta dan begitu marah apabila kekayaan keluarga Mahathir dipertikaikan. Melayu begitu mempertahankan Mahathir dengan mengatakan “Apa salahnya jika ada Melayu yang kaya?”.

7. Sedang Melayu terpengaruh dengan dakyah Mahathir untuk mempercayai 1MDB dan membenci Datuk Seri Najib, mereka terlupa bahawa Mahathirlah perosak Dasar Ekonomi Baru dengan penglibatan menggila anak-anak dan kroni-kroninya.

8. Melayu ditipu oleh Mahathir selama 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri. Melayu diajar supaya berbangga dengan menara kembar tertinggi di dunia, kereta proton buatan Malaysia dan yang lainnya, sehingga terlupa siapa sebenarnya yang meraih keuntungan besar daripada semua projek projek ini.

9. Melayu kini ditakut takutkan oleh pemimpin tua ini dengan pelbagai tindakan kejam yang dikenakan keatas para pencabar dan penentangnya.

Siapa agaknya yang akan menyelamatkan bangsa Melayu daripada kemusnahan yang sedang dibawa oleh pemimpin yang penuh dendam dan amarah ini?

Apakah pengganti Mahathir akan melakukan kekejaman yang sama terhadap anak anaknya apabila dia mati nanti?

Anak Tanah Melayu
19/9/18

Anonymous said...

Madey kutuk mcm mcm kat umno. Pemimpin umno tu jugak jd rebutan. Pemimpin umno tu jugak katanya diancam kalau tak sokong dan masuk kemnya. Apa kejadah ni. Tu menunjukkan umno ni hebat. Pemimpinnya pandai mengelola negara. Menteri kabinet yg ada sekarang ni badut badut belaka.

Anonymous said...

Tepat sekali.
Undi guna lutut bkn otak/akal yg dianugerah Allah utk berfikir.

Anonymous said...

Dah dekat pau. Mathir kat luar negara. Tengok je la. Adakah akan berlaku sesuatu? Terbaru ap baling dah kena. Dlm 5 thn ni semua kes org umno/pro umno je la. Takde yg lain.

Sape yg bertahan dgn umno siap kena panggil. Pertahankanlah diri. Berjuang walau penjara dpn mata. Nak suci takut berjuang cepat la lompat. Lompat sikatak lompat. Beria sgt nak bertanding kat pd, dah menang jd katak. Lompat tinggi tinggi.

Anonymous said...

Tarikh pi uk kebetulan sama ngan pau. Kebetulan ka? Ada apa? Nak tunjuk sesuatu kat pau ka? Katanya rosmah dipanggil esok. Jika mcm najib disiasat ditahan dituduh didakwa. Esok khamis, disiasat, dakwa mungkin jumaat. Nak bagi pau kecoh ka? Nak bagi pau tergendala ka? Tak nak bagi najib hadiri pau ka? Sebahagian ahli umno kena pilih nak pi pau atau pi tempat rosmah? Nak memalukan rosmah najib ka?
Kita tunggu esok apa berlaku?

Ramai yg tunggu kes gone end bila nak masuk mahkamah? Bebas jd menteri kewangan cari tetek perpuluhan.

Anonymous said...

Kepada semua rakyat Malaysia bekerja kerajaan atau swasta, mempunyai kuasa dan kedudukan yang ingin membeli banglo dibawah harga pasaran bolehlah menCONTOHI cara LGE. Mula2 sewalah banglo kroni2 anda untuk suatu jangka masa, kemudian x, y and z, tiru sebijik modus operandi LGE, anda akan berjaya, IANYA SAH DISISI UNDANG2 NEGARA. Jom semua kita lakukan!

Anonymous said...

Apa ada hal..pi melawat masa pau...konco2 dh tersedia dalam umno..umno terpecah 3...1 kumpulan nk menyokong madey..satu kumpulan nk menyokong nuar utk membalas dendam..atas kekejaman atok..1 lagi atok tak..madey tak.puak yg mahu umno bertanding di pd..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget