KL CHRONICLE: Adakah serangan Tun Mahathir ke atas Forest City satu signal kepada China?

Wednesday, August 29, 2018

Adakah serangan Tun Mahathir ke atas Forest City satu signal kepada China?


1. Kontroversi hubungan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan China kini terus panas apabila beliau hari ini mengisytiharkan bahawa warga asing tidak akan dibenarkan untuk membeli dan tinggal di kediaman Forest City, Johor. Tindakan ini bakal memberi kesan kepada ribuan pembeli warga China. Malah, projek yang bernilai kira-kira RM400 bilion itu turut melibatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail.



2. Pemilikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dalam projek Forest City dilaporkan wartawan MalaysiaKini, Nigel Aw dalam laporan bertarikh 14 Julai 2014 yang bertajuk ‘The Case of Forest City and the Johor Sultan’ (https://www.malaysiakini.com/news/268649) manakala dalam edisi Bahasa Melayu bertajuk ‘Alkisah Forest City dan Sultan Johor’ (https://www.malaysiakini.com/news/268658).

3. Forest City diusahakan oleh kerjasama China-Johor melalui Country Garden Pacific View (CGPV).  Sebanyak 66 peratus pegangan CGPV dikuasai oleh tiga syarikat gergasi China iaitu Country Garden Waterfront Sdn Bhd, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd, dan Country Garden Real Estate Sdn Bhd.

4. Baki 34 peratus pegangan CGPV dimiliki Kerajaan negeri Johor iaitu Esplanade Danga 88 Sdn Bhd.

5. Baginda Sultan Ibrahim merupakan pemilik saham terbesar Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, dengan kawalan pegangan 64.4 peratus syarikat berkenaan.  Kerajaan negeri Johor melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) pula hanya menguasai sekitar 20 peratus saham dalam syarikat tersebut. 

6. Projek raksasa yang dibangunkan Country Garden Holdings Co. tersebut menyediakan kira-kira 700,000 unit kediaman di mana antara pembeli majoritinya (70%) adalah dari China menerusi skim ‘Malaysia My Second Home’ MM2H. 

7. Malah, Tun Mahathir turut menegaskan bahawa tiada sebarang visa akan diberikan kepada warga asing untuk datang dan tinggal di sini.  Hal ini bermakna bahawa ribuan pembeli dari China tidak akan dibenarkan untuk mendiami kediaman yang telah mereka beli di Johor.

8.  Tindakan agresif Tun Mahathir ini dikaitkan dengan lawatan beliau ke China baru-baru ini di mana beliau telah mengumumkan hasrat untuk membatalkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip trans-Sabah (TSGP) di Beijing.  Kemudiannya Tun Mahathir mengatakan bahawa keputusan akhir pembatalan ECRL tertakluk pada jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada China pula.

9. Adakah langkah ini merupakan tindak balas Tun Mahathir kepada China yang dikatakan enggan mengalah kepada tuntutan beliau ketika lawatan ke sana minggu lalu? Perlu diketahui bahawa ketika lawatan Tun Mahathir ke China, China turut telah menghantar kapal ‘Coast Guard’ mereka ke Zon Ekonomi Eksklusif milik Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengirim dua kapal Kelas Kedah iaitu KD Selangor dan KD Kelantan sebagai reaksi balas.

10. Malah, Tun Mahathir sebelum ini turut mengisytiharkan bahawa ‘Tembok Besar China di Kuantan’ perlu dirobohkan – merujuk pada struktur projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP).

11. Apa yang pasti, tindakan ini bakal memberi impak besar ke atas projek Forest City, imej negara, hubungan Malaysia-China, dan secara khususnya, ke atas hubungan Tun Mahathir dan DYMM Sultan Johor.

12. ‘Pertembungan’ antara Tun Mahathir dengan Sultan Ibrahim pada hakikatnya telah berlangsung secara terbuka sejak awal tahun 2017 lagi apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan.  Rujuk Sinar Harian ‘Sultan Ibrahim bidas Tun M’ (http://www.sinarharian.com.my/nasional/sultan-ibrahim-bidas-tun-m-1.612797) dan ‘Tun M jawab Sultan Johor isu Forest City’ (http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-jawab-sultan-johor-isu-forest-city-1.613190).

13. DYMM Sultan Ibrahim mempertahankan projek Forest City sebagai peluang untuk membangunkan hartanah Johor di samping mengatakan bahawa projek berskala 2000 hektar terbabit adalah lot antarabangsa yang terbuka untuk dibeli oleh sesiapa sahaja warga asing – bukannya dari China sahaja – malah tiada beza dengan projek perumahan mewah di Selangor dan Pulau Pinang yang turut dijual kepada warga asing.

14. Tun Mahathir pula mengkritik projek Forest City sebagai menggadai kedaulatan negara dengan anggaran 700,000 warga asing yang membeloi kediaman di sana akan memperoleh kewarganegaraan, sedangkan warga tempatan tidak berkemampuan sama sekali untuk memiliki kediaman tersebut.

15. Selain daripada kebimbangan demografi dengan kemungkinan kemasukan 700,000 warga asing (khususnya China di bawah skim Malaysia My Second Home MM2H), terdapat juga kebimbangan akan impak projek Forest City ke atas alam sekitar dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas.

16. Dari sudut pandang geopolitik, langkah pelaburan infrastruktur dan hartanah besar-besaran di luar negara oleh China ini adalah sebagai pelengkap kepada strategi agung (grand strategy) mereka iaitu Inisiatif OBOR (kini dikenali sebagai BRI): “Kebanyakan projek pelabuhan akan digabungkan dengan penciptaan bandar-bandar satelit gergasi di Johor dan Melaka, seperti Iskandar Malaysia di Johor dan Melaka Gateway yang turut disertakan dengan pelabuhan yang baru dibina.  Di Melaka, akan ada empat buah pulau buatan daripada tanah yang ditambak, yang dibahagikan kepada (1) pulau pelancongan, hiburan, dan pembangunan hartanah, (2) pulau zon ekonomi perdagangan bebas, (3) Pulau pelabuhan Melaka Gateway, dan (4) taman perindustrian maritim” (Evers 2017).

17. Hakikatnya, projek Forest City sudah menjadi persoalan sejak tahun lalu apabila kerajaan China mengetatkan pengaliran modal keluar dari negara China – sekali gus memberi impak negatif ke atas pembelian kediaman Forest City dalam kalangan warga China.  Ditambah dengan langkah terbaru oleh Tun Mahathir ini, dijangka lebih banyak isu dan permasalahan yang akan timbul. 

18. Bagaimana dengan pemilikan kediaman warga asing di Selangor dan Pulau Pinang? Apakah masa depan projek Melaka Gateway? Adakah imej kita akan merosot di mata dunia korporat kerana ‘mengganggu’ persetujuan pembelian warga China di Forest City? Ataukah imej kita akan melonjak dengan laungan ketegasan mempertahankan kedaulatan tanah air?

19.  Dari sudut politik dan geopolitik pula, apa akan jadi pada hubungan Malaysia-China selepas ini? Adakah China akan menghentikan projek mereka seperti projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP)?  Adakah China akan menghukum kita dengan pampasan yang tinggi dalam kes pembatalan ECRL? Bagaimana pula dengan hubungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Perdana Menteri Tun Mahathir susulan kes terbaru ini?

Semoga Allah peliharakan negara kita menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-61 ini.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

20 comments:

Anonymous said...

MAMAK MATDEY MAHATAIK....SI TUA RENTA NYANYUK...HATI BUSUK...TUA LAHANAT....

Anonymous said...

gila apa madey ni..masih stail lapuk..da lekang dek panas da stail mcmtu wahai madey..udah2la buat gangster..kita malayaia ni kecik je..

Anonymous said...

Agung boleh isytihar darurat..biar tentera tadbir negara..atuk tua renta ni kurung jer dlm rumah..tu jer jln penyelesaiannya...dah lah menyusahkan rakyat kini nak bermusuh pulak dgn negara besar.

Anonymous said...

Buatlah seperti ph sebelum berkuasa selfie byk byk. Rakyat mcm tak bepelajaran dgn selfie sekeping gambar je boleh pengaruhi rakyat. Tak payah susah susah. Selfie berapa prihatinnya beban sara hidup takyat. Menang je tak peduli kos sara hidup rakyat. Semuanya naik.

Anonymous said...

Sekarang ni pemimpin ph berusaha giat memadam post post lama. Padahal kononnya itulah janji janji mereka melalui gambar. Kita tunggu sebelum pru15 nanti rakyat sekali lagi akan dibanjiri selfie selfie kononnya merekalah bekerja utk rakyat.
Cibaiiiii ph.
Jgnlah bongok lagi rakyat. Rakyat melayu jgn asik dipergunakan utk dpt undi. Mereka naik kenyang anda dpt apa?

Anonymous said...

Tentera seronok kot dpt org syiah?

Anonymous said...

Sebelum pru mcm mcm isu diguna utk jatuhkan umno bn.

APA JD KES ALTANTUYA. APSAL SENYAP. DULU MEMBABI BUTA SIANG MLM TUDUH NAJIB. MENTERI LA NI SURUH PANGGIL BALIK SIRUL. SURUH BUKAK KES. APSAL SENYAP SEMUA. AYAH DIA DAH DTG. DAH JUMPA MADEY. APA TINDAKAN MADEY?

RAKYAT PUN BODOH MENYEBAR SEKALI FITNAH. ELOK TU KONGSI FITNAH BERSAMA SAMA. APSAL TAK MENJERIT LAGI MELALAK LA SURUH MENTERI KAU TU BUKAK CPT KES NI.

sekarang isu ni didiamkan. Padahal isu ni bertahun tahun jd isu utama ph.

Anonymous said...

Isu altantuya dikait dgn isu kapal selam. Melalak la penyokong ph mendukung pemimpinnya tuduh umno mcm mcm. Suruh jugak bukak kes ni. Dah berkuasa kenapa tak bukak file balik. Tak kan korek file 1mdb je. Tak kan jumpa file merah 1mdb je.

Rakyat nak tau sape sign perjanjian beli kapal selam? Zmn sapa? Sape punya kontrak? Najib dituduh? Woooiiiii pengundi ph cpt la suruh bukak file. Rakyat nak tau.

Anonymous said...

TAK LAMA LAGI...SI TUA RENTA MAMAK MATDEY MAHATAIK TU ....NYANYUK...MAKAN TAIK SENDIRI LA....

Anonymous said...

Menteri kasut hitam pernah berkata ketika di zmn bn, pemimpin yg bodoh lahir dr tgn pengundi yg bodoh. Terbukti benar kata menteri, kita dpt lihat kini. Barisan kabinet terkini lahir dr tgn pengundi yg bodoh.

Anonymous said...

Tepat dgn ungkapan madey, barisan kabinetnya tdk bertanggungjawab dlm membuat kenyataan dan tdk berpengalaman. 60 thn jd pembangkang penuh idea gemilang utk malaysia dikatakan tdk berpengalaman. Kah kah kah. Idea fitnah ke tu?

Anonymous said...

Zmn bn tv3 dikata penjilat. Berbondong bondong penganut ph percaya awanilah tv membawa kisah hidup derita rakyat yg terbeban dgn harga brg mahal. Sayang sungguh pengundi ph kat awani yg dikata bkn penjilat kerajaan.

Lapuran terkini.
Tv mana penjilat terdahsyat mengatasi tv3?
Adakah awani masih peduli beban hidup rakyat selepas ph menang?
Adalah berita awani masih wujud kisah gst brg mahal?

MALAYSIA MEMILIH

Anonymous said...

Malaysia baru.
Anak beranak berlonggok dlm kerajaan. Atuk emak ayah anak adik beradik berlonggok tadbir malaysia baru. Otak atas paling tua penipu keturunannya pun penipu. Otak atas paling tua membodoh rakyat keturunannya pun membodoh rakyat.

Anonymous said...

Tak usahlah jual hartanah kepada warga China, mereka ni bila datang bawa perangai hodoh, jijik dan jelik, mereka tak macam orang Jepun yang berbudi bahasa. Lihat sahaja di Sabah baru2 ini, mereka hanya berseluar dalam pergi bershopping, lebih pelik lagi bila tiada PIHAK BERWAJIB MENGENAKAN TINDAKAN? Kalau kat Arab Saudi dah lama dah kena spesis2 ni?

Anonymous said...

Kerajaan Johor sepatutnya membela orang2 Melayu dahulu dalam memiliki rumah sendiri bukan menjual 700,000 unit rumah kepada orang luar, China terutamanya? Masih ramai orang2 Melayu Johor yang masih tidak mempunyai rumah...

Anonymous said...

Tanah tu bkn tanah drt. Tanah tambak yg perlu kos tinggi. Tak ambik pun tanah asal negeri johor. Telah diterang di atas kos pembinaan/kontraktor utama. Tak hilang tanah johor. Selepas china buat sekatan rakyat dr membawa keluar duit dr negara china dah tak ramai yg beli. Katanya sikit je. Lagipun ni fasa awal byk lagi fasa fasa lain belum siap.

Masalah disini mengapa hanya fokus ke johor? Pelaburan jenis yg sama juga berlaku di melaka pulau pinang selangor. Kondo mewah warga asing. Bahkan byk berada ditanah daratan Tanah Melayu.

Pulau pinang dan selangor tdk dijdkan isu kerana dulu dah dipegang ph. Hanya melaka gateway. Kini melaka dah ok. Dikatakan boleh menjana dunit negeri melaka. Dulu melaka juga dikata digadai.

Adakah kerana sultan johor ada saham?
Mengapa melaka p.pinang selangor ok?

Anonymous said...

Sebenarnya byk rumah mampu milik di johor di zmn najib bn dlm pembinaan. Yg dah siap dah diserah kpd rakyat. Dlm proses pembinaan seluruh negeri byk. Negara di bawah najib baru berapa thn. Yg lama bawah madey.

Dibawah najiblah rumah mampu milik byk dibina diseluruh negara. Rumah generasi kedua felda dan felcra juga wujud zmn najib.

Lihat p.pinang dan selangor mereka bagi mcm mcm alasan utk menolak buat rumah mampu milik. Tak kan kita tak tau? Rasanya rakyat semua tau.

Janji manifesto nak buat RMM ph dulu dah buat ke? Tanya gone end? Tanya Azmin? Yg org ph bagi kunci RMM la ni projek zmn najib. Akan dtg dah siap projek tu semua byk la yg mengaku depa buat padahal semua tu zmn najib. Ambil nama je. Berduyun nanti nak serah kunci.

Anonymous said...

Alasan hutang. Bantuan rakyat mansuh. Projek mega utk rakyat kabur kelabu asap. Semua hutang hutang hutang. Perbodohkan rakyat. Kita tengok mampukah mereka buat RUMAH MAMPU MILIK yg byk utk rakyat? Atau guna alasan hutang?

Anonymous said...

Alasan hutang kat rakyat tapi kempen di prk balakong boleh pulak timbalan menteri kata dlm kajian nak bina 26 sek cina. Ada pulak duit.

Menteri buat apa? Sibuk padam post lama. Timbalan aktif betul uec dgn sek.cina.

Anonymous said...

Kita kena berhati hati. Jgn termkn fitnah lagi. Isu sebelum pru dah tak boleh guna. Mcm isu altantuya dan kapal selam. Isu 1mdb pun sama. Isu gst dah senyap. Nak sumbat kat rakyat sst. Termasuk isu lain dah terlondeh. Kena cari isu baru. Bagi panas rakyat utk alih isu.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget