KL CHRONICLE: Hadi Awang : Kos Sara Hidup Meningkat Berpunca Dari 'PM Era 80-an'

Thursday, May 3, 2018

Hadi Awang : Kos Sara Hidup Meningkat Berpunca Dari 'PM Era 80-an'


1. Tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, peningkatan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung rakyat pada hari ini adalah disebabkan oleh seorang Perdana Menteri pada era 1980-an.

2. Memetik laporan Berita Harian, Hadi, tanpa menyebut nama individu terbabit berkata semasa pemerintahan pemimpin berkenaan, beliau telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara korporat, daripada negara berkebajikan.



"Zaman British dulu mereka mengamalkan negara berkebajikan yang sebenarnya diambil daripada negara Islam, belajar percuma, hospital percuma.

"Zaman Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj) dan (Perdana Menteri Kedua) Tun Abdul Razak ia diteruskan, ada wakaf, ada sumbangan.

"Lepas pada itu pada zaman 1980-an, Perdana Menteri waktu itu ubah kepada negara korporat, di mana semua kena bayar dan caj. Sekolah kena bayar, hospital kena bayar," katanya. 

2. Abdul Hadi juga dilaporkan berkata, akibat daripada perubahan yang dibuat oleh Perdana Menteri tersebut telah menyebabkan peningkatan kos sara hidup dengan kenaikan harga barang serta pendapatan yang diterima rakyat tidak mencukupi untuk membeli barangan keperluan.

3. Sementara itu, beliau turut mengulangi pendirian PAS untuk menjadi kuasa penentu atau 'king maker' pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di hadapan pengunjung dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 500 penyokong itu.

"Orang tanya dengan siapa? Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (gabungan pembangkang)? Kita cakap siapa yang ikut dasar Islam itu yang kita pilih.

"Kalau BN nak, kita boleh bincang. Kalau Pakatan Harapan nak pun kita boleh berbincang. Kalau dua-dua nak dasar Islam, kita buat kerajaan campuran. Kalau kedua-duanya tidak mahu kepada Islam, tidak mengapa. PAS jadi pembangkang," katanya.

Sumber : http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/32609-kos-sara-hidup-meningkat-berpunca-dari-pm-era-80-an-kata-hadi.html

3 comments:

Anonymous said...

4.Kronism juga meningkatkan kos sara hidup. Kapitalis2 dan tauke2 disekeliling org2 tertentu mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang/services dgn alasan tol naik, minyak naik dsb...

Anonymous said...

https://malaysianaccess.com/malaysia-bukan-negara-gagal-bankrap-tan-seng-giaw/

LINK ATAS TAN SENG GIAW DAP YG CAKAP
NEGARA X BANGKRAP CUMA PH BENGAP
EGO TEBAL JER TUA RENTA TUJUK SANGAP
DEMI KRONI ANAKCUCU YG TER CUNGAP2






#'DAHTUAPUNBODOH. ..'

Anonymous said...

BILA MAMAK MATDEY MAHATAIK TU NAK MAMPOSSSSS.........

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget