KL CHRONICLE: Booth SPAD kini di Karnival #MOF Langkawi, jom ambil Kad Bantuan Teksi!

Friday, May 4, 2018

Booth SPAD kini di Karnival #MOF Langkawi, jom ambil Kad Bantuan Teksi!


Seperti yang dijanjikan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini pihak SPAD berada di Karnival #MOF Bersama Rakyat yang sedang berlangsung di Dataran Lang, Langkawi pada hari ini sehingga esok. 




Lebih menarik juga SPAD telah menyediakan satu booth (Booth No 2) di mana kad bantuan Teksi 1Malaysia sedang diedarkan kepada pemandu teksi Langkawi. Maklumat mengenai inisiatif terbaharu pengangkutan awam darat juga boleh didapati daripada pegawai-pegawai SPAD di booth tersebut.

Bagi kami di #KLChronicle, kesungguhan pihak SPAD memang wajar diberi pujian. Umum ketahui bahawa sebelum ini terdapat insiden dimana keadaan tidak terkawal ketika memberikan bantuan kad Bantuan Teksi 1 Malaysia namun SPAD telah dengan profesional mengendalikan perkara ini dengan baik

Akhir sekali kepada pemandu teksi di Langkawi, ayuh ambil kad bantuan yang disediakan untuk anda!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget