KL CHRONICLE: TSAM : Pencapaian PM @NajibRazak dalam 9 tahun lebih baik dari 22 tahun Dr. M #kltu #jbtu #KitaOK #KekalNajib

Monday, March 26, 2018

TSAM : Pencapaian PM @NajibRazak dalam 9 tahun lebih baik dari 22 tahun Dr. M #kltu #jbtu #KitaOK #KekalNajib


Sebentar tadi kami di #KLChronicle telah mendapat satu kenyataan media dari Ahli Parlimen Ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa. Didalam kenyataan media yang sungguh padat itu, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) memberi huraian terperinci tentang kejayaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak sepenjang hanya sembilan (9) tahun menjadi Perdana Menteri.

Antara intipati kejayaan PM Najib Razak sepanjang pentadbiran beliau yang dipetik dari kenyataan TSAM adalah:


▪Pendapatan per kapita tahun lalu RM37,700.
▪Pendapatan Negara Kasar tahun lalu RM1.32 trilion.
▪Peluang Pekerjaan Diwujudkan antara tahun 2011 hingga tahun lalu RM2.68 juta.
Malah jika dilihat dari projek - projek Barisan Nasional (BN) sekarang, semuanya berimpak tinggi seperti:
▪Kini bakal terbina Menara 106 di TRX yang memintas ketinggian Twin Tower era TM. 
▪Kini sedang terbina Pan Borneo yang lebih panjang dari Plus semasa TM dan tanpa tol. 
▪Kini sudah terlaksana MRT yang lebih baik dari LRT yang diperkenalkan TM. 
▪Kini tidak lama lagi akan terbina ECRL dan railway yang jauh lebih moden, lebih laju dari KTM zaman TM.
Lebih mantap lagi, ini semua dilakukan oleh PM Najib Razak dalam tempoh hanya 9 tahun. Cuba bayangkan jika PM Najib Razak menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, pelbagai lagi kejayaan yang akan negara kita kecapi. Bagi kami di #KLChronicle, kami bersetuju dengan TSAM dimana kami yakin Dr. Mahathir juga tahu bahawa PM Najib Razak "is doing a good job" tetapi akibat dendam dan ego, Dr. Mahathir tidak mahu mengakui perkara ini.


Lebih mendukacitakan adalah, Dr. Mahathir sanggup pula berkomplot dengan pihak DAP untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO. Akibat dendam Dr. Mahathir juga, beliau sanggup bekerjasa dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan semua musuh politik beliau demi untuk mencapai cita - cita untuk menjadikan seorang insan bernama boboi sebagai Perdana Menteri.

Persoalanya sekarang, adakah pembaca yakin Boboi boleh menjadi PM yang lebih baik dari Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak?


========================================

KENYATAAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA,
TAN SRI ANNUAR MUSA (TSAM).
26/03 /2018, ISNIN

Tempoh pentadbiran  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selama sembilan tahun setakat ini, ternyata cukup berjaya,malah dalam banyak hal telah berjaya mencipta legasi yg jauh lebih baik dari era sebelumnya

Malah tidak keterlaluan jika di katakan Pencapaian 9 tahun pentadbiran DS Najib itu ternyata SUDAH MENGATASI pencapaian Tun Dr Mahathir Mohamad  (TM) 23 tahun.

DS Najib ternyata sangat cekal dan komited dgn visi dan agenda TRANSFORMASINYA,dan tidak berhenti usaha membawa pembangunan dan pentadbiran BERKONSEPKAN “DAHULUKAN RAKYAT”ke arah masa depan lebih baik DAN LEBIH HEBAT lagi.

Lihat saja Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 yang memaklumkan Malaysia menghampiri status negara berpendapatan tinggi.

Beberapa inti pati NTP itu adalah:
▪Pendapatan per kapita tahun lalu RM37,700.
▪Pendapatan Negara Kasar tahun lalu RM1.32 trilion.
▪Peluang Pekerjaan Diwujudkan antara tahun 2011 hingga tahun lalu RM2.68 juta.

Langkah DS Najib, melalui inti pati NTP itu, menjurus untuk kepentingan dan keuntungan pelbagai lapis rakyat.

Pastinya TM sendiri mengakui bahawa anak didiknya, DS Najib ternyata  muncul lebih baik daripada yang beliau sangka.

DS Najib seolah-olah mewarisi kesabaran Tun Abdullah Badawi (Pak Lah), karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwar), ketegasan Tun Hussein Onn dan kelicikan TM serta kebijaksanaan ayahandanya, Tun Razak.

TM terpaksa mengakui hakikat DS Najib menguasai dan memimpin UMNO dengan lebih hebat.

Hati kecil TM juga barangkali mengaku DS Najib menguruskan negara lebih baik daripadanya.

Yang paling menonjol kehebatan dan kecekapan DS Najib berbanding daripada TM antaranya:
▪Perpaduan nasional yang utuh.
▪Hubungan dengan istana yang sangat baik.
▪Rating ekonomi yang lebih bagus.
▪ Hubungan diplomatik yang jauh lebih terserlah.
▪Rezab negara yg hampir lima kali lebih tinggi.
▪KDNK yang jauh lebih berkembang.

Malah nun di sudut sanubari hatinya, TM terpaksa mengakui DS Najib sememangnya lebih kreatif iaitu:
▪Menyusun semula subsidi agar lebih bersasar.
▪ Meningkatkan sentuhan rakyat dengan pelbagai bantuan.
▪ Menyantuni Sabah dan Sarawak dengan lebih komitmen.
▪Mentransformasi Pantai Timur dgn lebih berkeyakinan.

TM seorang realis yang di lubuk hati kecilnya meyakini DS Najib berkeupayaan melakukan apa yang beliau cuba lakukan dalam tempoh hampir 23 tahun, sekalipun gagal dalam banyak perkara.

DS Najib sebaliknya hanya memerlukan tidak sampai separuh daripada tempoh TM itu, dan DS Najib ternyata cekap.

Ini kerana DS Najib membuktikan dengan jelas iaitu:

▪Kini bakal terbina Menara 106 di TRX yang memintas ketinggian Twin Tower era TM.

▪Kini sedang terbina Pan Borneo yang lebih panjang dari Plus semasa TM dan tanpa tol.

▪Kini sudah terlaksana MRT yang lebih baik dari LRT yang diperkenalkan TM.

▪Kini tidak lama lagi akan terbina ECRL dan railway yang jauh lebih moden, lebih laju dari KTM zaman TM.

Apabila bersendirian, hati kecil TM pasti berbicara dengan kebenaran yang sukar dinafikan.

Seterusnya hati kecil TM tersentuh dan tersangat arif bahawasanya rakyat negara ini amat bijak melihat kebenaran.

Pada rakyat ada kebijaksanaan. Pada rakyat ada kekuatan menolak kepalsuan. Pada rakyat ada kekuatan menepis kebencian.

Apakan daya, TM tahu beliau sebenarnya tiada pilihan.

Hati kecil TM tahu DAP bukan pilihan.

Hati kecil TM tahu Anwar bukan sesuai diberi peranan.

TM juga amat tahu Mat Sabu hanya sekadar ayam sabungan.

TM tahu dek lukanya yang mendalam berpunca daripada pemecatan anak kesayangannya, Boboi (Datuk Seri Mukhriz) daripada jawatan Menteri Besar Kedah tidak lama dulu.

TM nampaknya lawan tetap lawan sekalipun sudah tiada pakatan, sudah tiada harapan.

Salam Hormat
TSAM.
-- 26/3/18

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget