KL CHRONICLE: TSAM : Dr. Mahathir senjata DAP pecahkan Melayu #YP #kltu #jbtu #KitaOK #Negaraku #KN

Thursday, March 22, 2018

TSAM : Dr. Mahathir senjata DAP pecahkan Melayu #YP #kltu #jbtu #KitaOK #Negaraku #KN


Beberapa jam yang lalu, Ahli Parlimen Ketereh yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa (TSAM) ketika ditemubual Pe­ngarang Media Baharu Utusan Ma­laysia, Marhaini Kamaruddin telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr. Mahathir Mohamad tidak lebih sekadar ‘alat’ Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP untuk memecahkan undi orang Melayu.



Bagi kami di #KLChronicle, kami sangat bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh TSAM. Ini kerana umum ketahui bahawa punca PPBM ditubuhkan adalah kerana sikap "tidak puas hati" dan "dendam" Dr. Mahathir Mohamad terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Ini berpunca dari pelbagai insiden antaranya adalah kerana YAB Perdana Menteri dilihat tidak meneruskan legasi Dr. Mahathir Mohamad.

Umum ketahui bahawa dibawah pentadbiran YAB Perdana Menteri, beliau tidak lagi membuat perjanjian - perjanjian berat sebelah dengan syarikat kroni yang akhirnya membebankan rakyat. Malah, YAB Perdana Menteri juga mengambil satu anjakan paradigma apabila membina Lebuhraya Tanpa Tol seperti Lebuhraya Pan Borneo. Ini berbeza dengan Dr. Mahathir yang membina Lebuhraya Utara Selatan dengan mengenakan tol kepada rakyat Malaysia selama 30 tahun. 

Mungkin oleh sebab - sebab ini, Dr. Mahathir menubuhkan PPBM untuk menjatuhkan kerajaan BN. Tindakan Dr. Mahathir ini pula sudah membuka peluang kepada pihak DAP dimana mereka melihat Dr. Mahathir ini boleh digunakan sebagai "alat" untuk memecah belahkan orang Melayu. DAP tahu, orang Melayu tidak akan mengundi DAP oleh sebab itu mereka perlu mencari seorang tali barut untuk melakukan kerja ini dan Dr. Mahathir merupakan calon yang paling sesuai.

Kami juga suka memetik kenyataan yang dikeluarkan TSAM juga dalam hal ini dimana beliau telah berkata:
“DAP tahu dalam percaturan po­litik negara, mereka kuat satukan kaum Cina dan mencari jalan untuk memecahkan orang Melayu.
“Jadi, DAP tolak Dr. Mahathir ke depan, pemimpin mereka se­perti Kit Siang pula guna elemen nostalgia Dr. Mahathir untuk pe­cahkan undi Melayu,” katanya.
Dari segi pemikiran pemimpin serta penyokong DAP, mereka memang melihat Dr. Mahathir ini sebagai alat mereka untuk memecahkan orang Melayu. Dibawah ini kami sertakan satu video dalam satu ceramah DAP dimana mereka  menyeru orang Cina untuk memberikan sokongan kepada DAP dan Dr. Mahathir kerana Dr. Mahathir akan digunakan untuk "screw" atau dalam bahasa mudah untuk merosakkan orang Melayu. Malah mereka juga memanggil orang Melayu sebagai bodoh. 

Lihat video berikut:


1 comment:

Anonymous said...

MAMAK MATDEY MAHATAIK....HIDUP BERGELUMANG TAIK!!!!!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget