KL CHRONICLE: Dr. Mahathir mahu hapus GST, jadi dari mana kerajaan hendak dapat pendapatan RM 40 Billion? #YP #kltu #jbtu

Wednesday, March 21, 2018

Dr. Mahathir mahu hapus GST, jadi dari mana kerajaan hendak dapat pendapatan RM 40 Billion? #YP #kltu #jbtu


Sebentar tadi, Top Dog Pakatan Harapan Dr. Mahathir Mohamad didalam blog beliau telah menulis bahawa Pakatan Harapan ingin memansuhkan cukai GST kerana konon - nya GST merupakan faktor terbesar yang menyebabkan kos sara hidup melambung tinggi. Bagi kami di #KLChronicle, ini merupakan satu lagi janji palsu Pakatan Harapan memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan tidak lama lagi. 

Pertama sekali, memetik kata - kata Timbalan Menteri Kewangan, 



Datuk Othman Aziz, jumlah hasil bersih kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi tempoh 1 Januari 2017 hingga 30 September 2017 adalah sebanyak RM29.81 bilion. Malah, berdasarkan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2017, unjuran untuk tahun 2017 adalah sebanyak RM40 billion.

Persoalanya sekarang, jika Pakatan Harapan menghapuskan GST, dari mana kerajaan hendak mendapatkan RM 40 Billion sebagai pendapatan untuk terus memberikan subsidi dan menggunakan wang yang selebihnya untuk pembangunan negara?
Jika dilihat dari perbelanjaan subsidi kerajaan, untuk kesihatan sahaja kerajaan membelanjakan RM 26.5 Billion setahun. Ini sahaja merupakan hampir 70% dari pendapatan subsidi sebanyak RM 40 Billion. Bukan itu sahaja, sebanyak RM3.9 bilion disediakan untuk subsidi barang serta pengangkutan seperti gas memasak, tepung, minyak masak dan banyak lagi.Ini sahaja membawa jumlah subsidi dari kerajaan BN kepada rakyat sebanyak hampir RM 30 Billion. 


Persoalan kedua yang ingin kami di #KLChronicle utarakan adalah adakah rakyat Malaysia sanggup subsidi kesihatan serta subsidi - subsidi lain dimansuhkan jika Pakatan Harapan menghapuskan GST seperti yang mereka janjikan? 
Rakyat harus ingat jumlah GST yang mereka bayar hanyalah sedikit berbanding jumlah subsidi yang mereka terima. Kami ambil pecahan subisidi kesihatan sahaja seperti gambar rajah dibawah. Tanpa pendapatan GST, tidak mungkin rakyat akan menikmati subsidi seperti ini. Jadi keputusan terletak di tangan rakyat di negara ini. Adakah anda mahu subsidi - subsidi yang anda nikmati selama ini ditarik semula jika GST dihapuskan?

Renung - renungkan lah. 

4 comments:

Anonymous said...

MAMAK MATDEY MAHATAIK....HIDUP BERGELUMANG TAIK!!!

Anonymous said...

Zaman Tun M jadi PM tak ada ABCD GST pun boleh bangunkan negara. Kenapa nak kena cekik rakyat untuk sara kerajaan? Dah xde sumber lain ke nak korek?

Unknown said...

Boleh tak hang kira berapa billion yang petronas tampung hasil negara. Dwngan harga minyak dunia swkarang rasanya berpa abanyak hasil.negara yg hilang. Pastu hang kira balik berapa nilai subsidi ketika tu berbanding nilai subsidi sekarang.... lu org kena kira juga... berapa cukai sst yg sikutip dahulu dan anggaran potensi cukai yang lenyap.. lesap... dan diselinding oleh puak2 kapitalis... dan sedar atau tidak barang asa dan utama kebanyakamnya di kecualikan cukai... lepas tu hang boleh komen lebih2.... hang jangan lupa ya kira sekali berapa banyak yg rakyat kena tampung untuk bayar tol setelah lebuhraya siap ( baca pembangunan prasarana) berbanding pemvangunan yg kerajaan sekarang buat tanpa tol pun... makna kata zaman TUN duit rakyat disedut untuk kroni.

Unknown said...

Dulu ada SST... sekarang ada lagi ker?

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget