KL CHRONICLE: #TolakFitnah #FakeNews : Wang Pengarah JSJ hampir RM 1 juta di Australia, hasil jual rumah #kltu #jbtu

Saturday, March 3, 2018

#TolakFitnah #FakeNews : Wang Pengarah JSJ hampir RM 1 juta di Australia, hasil jual rumah #kltu #jbtu


Siasatan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, wang berjumlah AUD$320,000 (RM972,000) milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, dalam sebuah akaun bank di Australia, datang daripada sumber yang sah.

Siasatan dalaman dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pada 2016 itu, sekali gus menafikan dakwaan laporan media Australia, yang menyatakan wang berkenaan berkemungkinan adalah hasil aktiviti pengubahan wang haram.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu pada 2016 oleh Polis Persekutuan Australia (AFP) sebelum menjalankan siasatan sepenuhnya pada tahun sama.

"Siasatan pada masa itu mendapati sumber wang dalam akaun bank berkenaan adalah hasil jualan sebuah rumah milik beliau (Wan Ahmad Najmuddin) di Shah Alam, Selangor.

"Wang berkenaan kemudian didepositkan kepada akaun milik sahabatnya di Malaysia sebelum dimasukkan ke dalam akaun perbankan di Australia.

"Ia bagi membolehkan pembayaran pengajian diploma anak lelakinya dan akaun sama diaktifkan semula untuk membiayai pengajian ijazah anak perempuannya, masing-masing pada 2011 serta 2016," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, Wan Ahmad Najmuddin setakat ini berupaya memberikan bukti, merangkumi dokumen berkaitan bagi menjelaskan sumber penyaluran dana terbabit, selain tujuan untuk membuka akaun bank di Australia bagi memudahkan pembiayaan pengajian kedua-dua anaknya.

Akhbar Sydney Morning Herald hari ini, melaporkan AFP membekukan akaun bank milik Wan Ahmad Najmuddin di negara itu, selepas mencurigai kemasukan wang hingga mencapai lebih AUD$320,000.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget