Nampak sangat si tokong Lim Guan Eng ni tak paham konsep Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50). Atau tak buat research atau saja nak alih isu terowong dia.
RM200 yang diberikan memanglah bukan bentuk tunai. Sebaliknya dalam bentuk dana tabungan RM200 menerusi unit ASB (bagi Bumiputera) dan AS1M (bukan Bumiputera).
Konsep ADAM50 adalah bagi menggalakkan ibu bapa muda ketika ini untuk menyimpan dan menabung untuk masa depan anak-anak mereka. Bayangkan bila anak-anak dah besar dan nak sambung belajar ke IPT, mereka sudah ada tabungan kewangan yang cukup.
Walaupun ibu bapa tak tambah langsung, wang RM200 ini akan menjadi RM587, tapi kalau tambah RM10 sebulan ia akan meningkat kepada RM4,000.
Tambah lagi RM50 sebulan akan jadi RM20,000 dan kalau RM100 akan jadi RM40,000 apabila umur anak ini cukup 18 tahun (bukan 21 tahun seperti didakwa LGE).
Kalau nak kata pemberian tunai, kerajaan sendiri menyalurkan bantuan BR1M sehingga RM1,200 kepada hampir 7 juta penerima di seluruh negara.
Penerima BR1M termasuklah yang ada dekat negeri-negeri di bawah kerajaan PH seperti Selangor dan P.Pinang.
Sekarang ‘tokong’ LGE faham tak?
#PakatanProDAP
#TolakPakatanPRU14
No comments:
Post a Comment