KL CHRONICLE: SPAD komited jadikan pengangkutan awam darat selamat untuk wanita #DemiRakyat #KLTU #JBTU

Sunday, February 11, 2018

SPAD komited jadikan pengangkutan awam darat selamat untuk wanita #DemiRakyat #KLTU #JBTU


Baru - baru ini, Chief Executive Officer (CEO) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Encik Mohd Azharuddin Mat Sah dalam satu wawancara telah mengesahkan bahawa SPAD akan terus meningkatkan kesedaran tentang keselamatan wanita ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Ini adalah susulan kerjasama pihak SPAD dengan International Association of Public Transport (UITP) serta Bank Dunia (World Bank). 

Memetik kata - kata Encik Mohd Azharuddin;



"SPAD is pleased to collaborate with this two great organisations to spread awareness on gender neutrality among commuters.
"Malaysia is very concerned about inclusiveness, and I'm glad we are taking this approach in spreading awareness on having a safe environment on public transportation," 
Terjemahan dari kenyataan diatas berbunyi;
SPAD berbesar hati untuk bekerjasama dengan dua organisasi hebat ini untuk menyebarkan kesedaran tentang kesaksamaan jantina dikalangan pengguna pengangkutan awam. Malah Malaysia sangat bimbang dan khuatir akan perkara ini dan akan memastikan keselamatan wanita sentiasa terjamin ketika menggunakan pengangkutan awam.
Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dilakukan oleh pihak SPAD ini adalah tepat dan wajar. Umum ketahui bahawa ramai pengguna wanita menggunakan perkhidmatan awam sama ada untuk ke tempat kerja mahu pun untuk ke institusi pengajian mereka. Oleh yang demikian, wanita - wanita ini terdedah kepada gangguan seksual oleh pengguna pengangkutan awam yang lain, terutamanya dari mereka yang tidak bermoral serta bertanggungjawab.

Kes seperti ini selalunya viral di media sosial terutamanya bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan LRT. Baru - baru ini sahaja, polis Rapid KL telah berjaya menangkap seorang suspek yang dipercayai mencabul seorang wanita pengguna LRT. Walaupun suspek ini berjaya ditangkap, tetapi kami di #KLChronicle yakin lebih ramai lagi mangsa yang ada di luar sana yang tidak membuat laporan apabila mereka diganggu.

Oleh yang demikian, usaha SPAD untuk menyebarkan kesedaran tentang gangguan seksual dalam perkhidmatan pengangkutan awam serta komited dalam memastikan perkhidmatan ini selamat untuk wanita adalah satu usaha yang wajar dipuji. Kita sebagai pengguna yang bertanggungjawab juga harus membantu pihak berwajib dalam memastikan wanita - wanita yang menggunakan perkhidmatan awam sentiasa selamat.

Boleh kah kita lakukan perkara yang baik ini?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget