Baru - baru ini, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu kenyataan media beliau telah mempersoal Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengapa syarikat yang sebelum ini diumumkan sebagai pemegang saham dalam projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion tidak tersenarai dalam syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan untuk membinanya.
Memetik kenyataan Datuk Seri Wee Ka Siong:
“Saya tidak kutip penemuan ini dari sebarang tempat tetapi dinyatakan secara jelas dalam Buletin Mutiara Pulau Pinang.
“Berita 4 Mac 2013 menyatakan Lim Guan Eng sendiri berkata Zenith Construction Sdn Bhd dan China Railway Construction Corporation Ltd masing-masing ada modal terbayar bernilai RM3.5 juta dan RM4 bilion.
“Tetapi semakan kami mendapati CRCC Ltd tidak tersenarai sebagai pemegang saham dalam kontrak projek terowong dasar laut itu,” kata Wee pada sidang media hari ini.
Bagi kami di #KLChronicle, kami amat terkejut dengan penemuan pasukan Datuk Seri Wee Ka Siong. Ini kerana, secara teorinya projek terowong dasar laut yang "dijual" kepada rakyat konon nya akan dibina oleh syarikat gergasi dari China adalah langsung TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Secara bahasa mudahnya, rakyat Pulau Pinang telah ditipu oleh Lim Guan Eng dan kroni - kroni beliau.
Selain itu, rakyat pula dikejutkan dengan berita bahawa syarikat Beijing Urban Construction Group (BUCG) juga tidak dipaparkan sebagai pemegang saham SPV. Apa yang lebih menghairankan adalah sebuah syarikat fesyen kini merupakan pemilik utama SPV yang akan membina 3 jalan dan terowong dasar laut Pulau Pinang. Tidakkah ini satu perkara yang gila?
Memandangkan kes ini sedang disiasat pihak SPRM, kami di #KLChronicle akan memberi komen lanjut apabila kami mendapat maklumat yang mencukupi. Namun apa pendapat pembaca?
Logikkah syarikat gergasi dari China ditendang keluar dari projek berbillion ini dan syarikat fesyen pula menjadi pemegang saham utama?
No comments:
Post a Comment