KL CHRONICLE: MCA - Gerakan lakukan "Anjakan Paradigma" Politik #StrongerTogether #TeguhBersama

Sunday, January 7, 2018

MCA - Gerakan lakukan "Anjakan Paradigma" Politik #StrongerTogether #TeguhBersama


Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong kerana telah bekerjasama dalam menganjurkan Perhimpunan Teguh Bersama. Perhimpunan ini yang julung kali diadakan di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang, dihadiri lebih 3,000 perwakilan dari kedua-dua parti.


Bagi kami di #KLChronicle, Perhimpunan Teguh Bersama ini sangat penting kerana perhimpunan sebegini pertama kali diadakan dan lebih manis lagi ianya dilakukan ketika pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa peristiwa ini merupakan satu sejarah yang penting dalam landskap politik Malaysia. Kami akan terangkan. 



Dari segi sejarah, Parti Gerakan Malaysia (GERAKAN) diasaskan pada 24 March 1968 oleh Dr. Lim Chong Eu. Sebelum menubuhkan GERAKAN, Dr. Lim Chong Eu merupakan seorang Presiden MCA tetapi meletakkan jawatan sebagai Presiden kerana tidak bersetuju dengan Tunku Abdul Rahman tentang pembahagian kerusi PRU 1959. Oleh itu beliau menubuhkan United Democractic Party (UDP) dan seterusnya GERAKAN.


Dari sejarah tersebut, kita dapat lihat hubung kait antara MCA dan GERAKAN. Namun apa yang berlaku selama ini adalah ahli - ahli MCA dan GERAKAN boleh dikatakan "tidak sebulu" dalam banyak perkara termasuk dalam menyokong calon - calon parti yang bertanding ketika PRU yang lepas. Menyedari hakikat ini, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Mah Siew Keong perlu melakukan sesuatu dan perhimpunan ini diadakan. 

Sudah semestinya, Perhimpunan Teguh Bersama ini diadakan untuk menunjukkan solidariti MCA dan GERAKAN dalam menghadapi PRU - 14 yang akan diadakan tidak lama lagi. Memetik kata  kedua - dua Presiden parti ini:


Presiden MCA:
Kami sangat positif akan lebih baik pada PRU-14, kami yakin de­ngan pemimpin kami, kami ikhlas, kami kerja bersungguh-sungguh, kami telah bergerak jauh ke hadapan berbanding pada pilihan raya sebelum ini.
“Kami telah merasai ‘kejatuhan’, kami telah melakukan kesilapan besar sebelum ini dan belajar daripadanya.
“Kami dapat rasakan aura po­sitif, undi komuniti Cina sangat penting, mereka tahu keikhlasan kami. Rakyat mahu melihat MCA dan Gerakan berjaya dan hari ini merupakan permulaannya

Presiden GERAKAN:

A vote for MCA is a vote for Gerakan, and vice versa
"We are comrades, brothers and sisters in arms and we have been struggling together for a fair, just and equitable Malaysia
I announce here that all Gerakan members will support every MCA candidate, to make sure they win in the next general election
Konklusinya, kami di #KLChronicle sangat gembira dengan "Anjakan Paradigma" yang ditunjukkan oleh MCA - GERAKAN. Mereka matang dalam membuat keputusan dan mengenepikan segala prasangka dan permusuhan untuk sama - sama memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU - 14 yang akan datang . Ini juga menunjukkan kekuatan serta "leadership skills" Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Mah Siew Keong. 


Berbeza pula dengan kepimpinan pembangkang yang terdiri dari DAP, PKR, PAN dan BUNGA. Sehingga hari ini mereka masih bergaduh tentang calon Perdana Menteri dan langsung tidak berbincang tentang bagaimana hendak memajukan serta meningkatkan ekonomi negara. Masing - masing sibuk hendak menjadi Perdana Menteri. Bunga mahu Dr. Mahathir, PKR mahu Wan Azizah, DAP mahukan seorang boneka PM yang mereka dapat "control" dan macam - macam lagi.

Pakatan "useless" seperti ini kah yang kita mahu sebagai kerajaan? 

1 comment:

Anonymous said...

MCA DAN GERAKAN MENYEBERANG LAGI BAGUS
INI PARTY KAUM SINDIRI SUMA DEPA BUNGKUS
HARAP MELAYU CAMPURAN SAJA DEPA BAGUS
ELOK SAJA MEREKA SEMUA KASI BERAMBOSSS..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget