KL CHRONICLE: Datuk Seri Wee Ka Siong tidak gentar berdepan pembangkang di Ayer Hitam #StrongerTogether #TeguhBersama

Saturday, January 13, 2018

Datuk Seri Wee Ka Siong tidak gentar berdepan pembangkang di Ayer Hitam #StrongerTogether #TeguhBersama


Baru - baru ini, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata beliau tidak gentar dan sedia berdepan dengan pembangkang termasuk DAP di kerusi Parlimen Ayer Hitam di Johor yang dipegangnya selama 3 penggal. Memetik kata - kata Datuk Seri Wee Ka Siong:


“Saya tidak gentar dan tidak kira DAP dan Amanah, saya akan berdepan dengan cabaran ini. Saya dengan tabah hati akan bertanding dan sedia untuk mempertahankan kerusi ini berdasarkan rekod yang saya ada sebelum ini,”
Bagi kami di #KLChronicle, apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Wee Ka Siong adalah benar. Beliau merupakan seorang wakil rakyat yang sangat bertanggungjawab dan telah menjalankan amanah yang diberi dengan sangat baik. Malah, "track record" beliau di Ayer Hitam sangat membanggakan dan beliau sudah menjadi wakil rakyat selama tiga (3) penggal di kawasan tersebut. 

Ini berbeza dengan barisan kepimpinan pembangkang, terutamanya DAP dan ketua mereka iaitu pasangan anak beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Lihat saja rekod Lim Kit Siang sebagai ahli parlimen, sudah hampir 6 - 7 tempat beliau bertanding. Malah, kali ini pula khabarnya beliau sudah "lari" ke Pulau Pinang dan bakal bertanding di Parlimen Tanjung.



Mesti ramai yang bertanya mengapa Lim Kit Siang dan ramai pemimpin DAP yang lain suka "lari" dari kawasan mereka. Jawapan kepada persoalan ini amat mudah sekali. Ianya kerana mereka (pemimpin DAP) tidak bekerja demi rakyat. Mereka ini menggunakan kawasan Parlimen yang dimiliki mereka hanya untuk kepentingan mereka sendiri sahaja. Contohnya lihat warga Gelang Patah, mereka sampai perlu menggantung "banner" mencari Ahli Parlimen mereka yang "menghilangkan" diri:


Nasihat kami kepada warga Ayer Hitam, jangan sesekali anda menerima wakil rakyat dari DAP. Kerana akhirnya mereka TIDAK AKAN berkhidmat untuk anda dan pada PRU yang berikutnya, mereka akan "lari" ke tempat lain. Anda pula rugi selama 5 tahun tidak ada wakil rakyat yang menjaga kebajikan anda seperti yang dilakukan Datuk Seri Wee Ka Siong sekarang. 

You know what is best for you!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget