KL CHRONICLE: Datuk Huan ucap terima kasih kepada SPRM #Negaraku #Malaysia #United #TolakRasuah

Wednesday, January 10, 2018

Datuk Huan ucap terima kasih kepada SPRM #Negaraku #Malaysia #United #TolakRasuah


*Terima Kasih SPRM ambil tindakan pantas menyerbu beberapa lokasi di Pulau Pinang dalam skandal projek terowong dasar laut DAP*

1. Pada 5 Januari 2018 yang lalu, saya telah membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM15 bilion kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. Saya juga telah meminta SPRM menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek dasar laut tersebut.



2. Semalam, 9 Januari 2018, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya telah menyerbu beberapa lokasi di Pulau Pinang dipercayai bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut yang dirancang Kerajaan DAP susulan laporan dan bahan bukti yang diserahkan. Antara lokasi yang diserbu adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta Pejabat Tanah dan Galian di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) termasuk Pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang; pejabat syarikat pemaju Ewein-Zenith di Menara Boustead; pejabat 555 Capital Diamond Valley dan pejabat Konsortium Zenith.

3. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada pihak SPRM yang membuktikan komitmen mereka dalam menyiasat skandal projek terowong dasar laut kerajaan DAP Pulau Pinang yang terbukti mempunyai banyak masalah dan kecelaruan. Tindakan yang diambil oleh pihak SPRM juga membuktikan bahawa SPRM tidak akan berkromponi dalam mana - mana isu yang melibatkan pecah amanah dan salah guna kuasa.

4. Kedua, tindakan pantas pihak SPRM ini pada hemat saya juga membuktikan bahawa SPRM yakin laporan yang dibuat tempoh hari dan bukti yang diserahkan menunjukkan terdapat salah laku dan siasatan terperinci harus dilakukan. Serbuan pantas ini juga berkemungkinan adalah untuk mengelakkan sebarang bukti yang ada dimusnahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

5. Ketiga, saya berharap rakyat Pulau Pinang secara khususnya akan mendapat pengadilan yang sewajarnya dalam kes ini. Projek terowong dasar laut yang diilhamkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang merupakan satu projek yang sia - sia memandangkan Pulau Pinang sudah mempunyai 2 jambatan yang menghubungkan Seberang Perai dengan kawasan pulau. Malah, sehingga hari ini laporan "Feasibility" yang sepatutnya sudah siap masih tidak kelihatan walaupun beratus juta telah dibayar kepada pihak kontraktor. 

6. Konklusinya, sekali lagi terima kasih kepada pihak SPRM kerana bersikap proaktif dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membanteras gejala rasuah. Saya juga berharap pihak SPRM akan menyiasat skandal ini sehingga ke lubang cacing dan memastikan mereka yang bertanggungjawab menyalahgunakan kuasa dan mencuri wang rakyat ditangkap dan dhadapkan ke mahkamah serta tindakan yang sewajarnya dikenakan ke atas mereka.

Terima Kasih

*_Datuk Huan Cheng Guan*
*_Timbalan Presiden_*
*_Parti Cinta Malaysia_*

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget