Masalah Tanah Felda Di Jalan Semarak Selesai, Nilai Ringgit Meningkat Dan Harga Ikan Kembung Turun...
1. Hari ini Felda telah mendapat semula 16 geran tanahnya yang dipindah milik untuk dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) hari ini daripada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB). Perkara ini disahkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
2. "Pihak pemaju iaitu SPSB telah secara sukarela bersetuju mengembalikan hak milik kesemua 16 lot tanah itu kepada Felda TANPA KOS dan telah menyerahkan kesemua suratan hak milik tanah tersebut untuk didaftarkan semula ke atas nama Felda."
3. Projek KLVC yang sedang berjalan di tanah itu akan diteruskan dan Felda serta SPSB berunding semula bagi penambahbaikan ke atas pelaksanaan perjanjian pembangunan tersebut demi kebaikan semua pihak.
4. Bagaimanapun, Shahrir turut memberitahu Felda tidak akan menarik semula laporan polis yang dibuat sebelum ini dan tidak akan mengganggu proses penyiasatan mengenainya. Audit forensik yang dilaksanakan juga akan diteruskan.
5. Hari ini juga dilaporkan nilai Ringgit semakin tinggi berbanding Dollar AS, iaitu 3.956. "Ringgit mungkin akan mengukuh kepada 3.80, mengikut corak yang sama pada tahun 2015,” kata Pong Teng Siew, Ketua Penyelidik di Inter Pacific Securities. "Ringgit mungkin bergerak ke arah 3.75 selepas melepasi paras teknikal 3.98," kata Stephen Innes, Ketua Dagang untuk Asia Pacific di Oanda di Singapura.
6. Harga ikan Kembung pula turun mendadak sehingga RM3 sekilogram berikutan lambakan bekalan di pasaran sejak kira-kira seminggu lalu. Perubahan monsun timur laut menyebabkan tangkapan ikan dan hasil laut bertambah dan nelayan memperoleh hasil tangkapan yang sangat banyak. Tinjauan di pelantar ikan Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah mendapati ikan kembung dijual pada harga murah iaitu RM10 untuk tiga kilogram. Nelayan, Norazlan Mohd Aslan, berkata,
"Sebelum ini memang harga ikan mahal kerana kami hanya mampu memperoleh bekalan ikan antara 20 kilogram hingga 30 kilogram sehari disebabkan laut bergelora dan cuaca tidak menentu."
7. Tanah Felda kembali kepada Felda, harga ikan kembung turun dan nilai ringgit meningkat. Perdana Menteri Malaysia ketika ini masih Datuk Seri Najib Razak dan ternyata dakwaan bahawa "RINGGIT HANYA AKAN NAIK DAN HARGA BARANG AKAN TURUN JIKA NAJIB TURUN" hanyalah fitnah semata-mata.
No comments:
Post a Comment