KL CHRONICLE: Sebab mengapa kaum Cina marah kepada orang Melayu

Friday, December 29, 2017

Sebab mengapa kaum Cina marah kepada orang Melayu


Pada hemat peribadi saya, salah satu sebab besar mengapa kaum Cina marah kepada UMNO adalah kerana mereka fikirkan UMNO, melalui kerajaan Barisan Nasional, telah memungkir janji terma kontrak sosial yang di persetujui bersama menjelang kemerdekaan negara ini.

Adalah jelas persetujuan tersebut memberi ruang kuasa politik (dan secara umum birokrasi kerajaan) kepada kaum Melayu dan ruang ekonomi untuk kaum Cina.



Walaupun Dasar Ekonomi Negara di lancarkan pada tahun 1973, hasilnya hanya menyerlah mulai dekad 1990an dan bertambah menyerlah lagi dalam 10 tahun kebelakangan ini.

Penglibatan kaum Bumiputra di dalam ekonomi akan terus berkembang dan meningkat di masa hadapan - malah inilah antara objektif tunjang agenda UMNO.

Jika dahulunya, sebelum 1990, ekonomi negara ini di miliki oleh kaum Cina dan British, sekarang kaum Bumiputra telah menceburi pelbagai bidang perniagaan, secara besar di peringkat GLC-GLC dan secara kecil dan sederhana oleh kaum Bumiputra itu sendiri.

Jika dahulu tidak ada satu pun syarikat milik Bumiputra tersenarai di Bursa Malaysia, sekarang tidak lagi. Walaupun begitu, penglibatan Bumiputra di dalam ekonomi masih kecil dan ruang untuk berkembang masih banyak.

Perkembangan pegangan Bumiputra di dalam sektor swasta hanya boleh meningkat jika ekonomi negara berkembang kerana secara dasarnya kaum Bumiputra tidak merampas perniagaan kaum bukan Bumiputra.

Sebaliknya, kaum Bumiputra membina perniagaan mereka dari “a growing economic pie”.

Dahulu, hampir kesemua keperluan hidup rakyat negara ini harus di beli dari peniaga bukan Bumiputra. 

Sekarang tidak lagi.

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212527986968675&id=1053139405

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget