Baru - baru ini, pihak pembangkang terutamanya pemimpin - pemimpin mereka sibuk berceramah sana - sini memfitnah dan menghentam Ahli Parlimen Ketereh yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa. Fitnah ini adalah berkaitan dengan skandal Majlis Amanah Rakyat (MARA) terutamanya melibatkan pembelian aset - aset di Australia yang konon nya melibatkan Tan Sri Annuar Musa.
Fitnah jijik pihak pembangkang boleh dilihat melalui video dibawah:
Kami di #KLChronicle terpanggil untuk membetulkan beberapa FAKTA YANG SALAH yang dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang. Pembetulan fakta ini adalah penting bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang sekaligus berkongsi fakta yang salah ini dengan pihak lain. Antara fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang adalah seperti berikut:
FITNAH:
Pemimpin UMNO Tan Sri Annuar Musa terlibat dalam pembelian bangunan di Australia.
FAKTA:
1. Pembelian aset di Australia seperti yang dikatakan oleh pemimpin pembangkang itu merupakan ketika zaman Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal ketika zaman beliau (Shafie) menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Tidak ada satu pun transaksi yang melibatkan Tan Sri Annuar Musa.
Malah, semasa zaman Tan Sri Annuar Musa menjadi Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa telah meluluskan rasionalisasi Mara Incorporated (Mara Inc.) dan setakat ini beberapa aset di Australia telah dijual dengan keuntungan dan semua pinjaman Mara Inc di Australia telah dijelaskan. Oleh itu, isu yang dimainkan pihak pembangkang konon Mara Inc. rugi dan sebagainya adalah tidak benar sama sekali.
Dengan bahasa mudah, akibat keputusan yang diambil oleh Tan Sri, Mara Inc telah mendapat keuntungan hasil penjualan aset di Australia dan juga telah berjaya melangsaikan semua hutang disana. Malah, kami di #KLChronicle juga difahamkan melalui sumber - sumber kami dalam Mara bahawa Tan Sri Annuar Musa juga telah banyak kali menyelamatkan MARA dari diambil kesempatan oleh pihak - pihak yang berkepentingan.
Malah, cubaan untuk menggunakan MARA sebagai landasan untuk mengaut keuntungan beberapa orang individu berpengaruh juga telah berjaya dihalang oleh Tan Sri Annuar Musa sehingga kan Tan Sri Annuar Musa mahu satu audit luar dan audit forensik dilakukan terhadap akaun - akaun MARA bagi memastikan tiada sebarang penipuan, salah guna kuasa atau pun kes - kes lain berlaku dalam MARA.
Namun siasatan audit ini tidak dijalankan oleh pihak pengurusan MARA. Persoalanya mengapa?
Bagi kami di #KLChronicle, cubaan pihak pembangkang untuk mengaitkan Tan Sri Annuar Musa dengan MARA ini merupakan satu cubaan yang bodoh dan lemah kerana sudah terbukti Tan Sri Annuar Musa tidak terlibat LANGSUNG dalam apa jua salah laku. Malah, SPRM juga telah mengesahkan bahawa tiada kes terhadap Tan Sri Annuar Musa berkaitan isu MARA. (Rujukan : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/annuar-musa-tidak-didakwa-sprm-laporan-162833)
Jadi apa yang pembangkang masih merapu?
No comments:
Post a Comment