Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh ahli UMNO menguatkan azam dan menggantung tekad menuju kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan lima seruan.
Pertama, bergerak sebagai satu pasukan.
Kedua, bergerak dengan keyakinan bahawa UMNO berada di landasan betul.
Ketiga, bertindak dengan pantas, selesaikan cabaran yang dihadapi secara syura dan kekeluargaan.
Keempat, bertempur dan bertarung di alam siber dan dunia digital sebagai pejuang siber.
Dan, kelima, bertarung dengan semangat juang dan tekad yang tinggi bahawa kita telah berbuat sehabis baik, berusaha dan merancang semampu mungkin, lalu yang tungal berserahsambil bertawakal kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment