KL CHRONICLE: Jangan kita lupa kebiadapan @ZaidIbrahim #Negaraku #Malaysia #DaulatTuanku

Monday, December 11, 2017

Jangan kita lupa kebiadapan @ZaidIbrahim #Negaraku #Malaysia #DaulatTuanku


1. Kami di #KLChronicle hari ini ingin mengambil kesempatan untuk menulis sedikit pendapat kami tentang seorang ahli DAP yang sangat kurang ajar dan biadap dengan mengkritik DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Individu ini adalah Zaid Ibrahim, seorang anak kelahiran Kelantan yang kini menetap di Selangor. Umum ketahui bahawa Zaid Ibrahim merupakan seorang yang liberal dan sangat lantang dalam mengkritik dasar - dasar kerajaan Barisan Nasional. 




2. Namun kali ini pada pendapat kami, Zaid Ibrahim telah melampaui batas dengan mengugut dan memberi amaran kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor supaya tidak campur tangan dalam hal - hal politik negara. Walhal, DYMM Tuanku Sultan Selangor hanya memberikan pendapat beliau melibatkan Dr. Mahathir Mohamad, iaitu Pengerusi Pakatan Harapan. 

3. Persoalanya sekarang, adakah salah bagi DYMM Tuanku Sultan Selangor memberikan pendapat beliau tentang isu - isu politik semasa? Sudah semestinya tidak. Sebagai pemerintah di Negeri Selangor, sudah menjadi hak DYMM Tuanku Sultan memberikan pendapat beliau tentang perkara - perkara yang melibatkan rakyat kerana umum ketahui bahawa institusi dirajay merupakan "payung" yang melindungi rakyat di negera ini. 

4. Sesungguhnya kami di #KLChronicle amat kecewa dengan tindakan Zaid Ibrahim. Tindakan biadap dan kurang ajar beliau ini sudah semestinya tidak baik jika dilihat dari kaca mata orang Bukan Melayu/Islam kerana pada pendapat mereka, orang Melayu Islam sendiri tidak menghormati Institusi Diraja. Adakah ini yang kita mahu ajar anak cucu kita, iaitu untuk menderhaka kepada Tuanku Sultan?


5. Akhir sekali, kami sekali lagi menyeru kepada orang Melayu/Islam di negara ini supaya buka mata dan lihat sendiri apa yang DAP dan ahli - ahli mereka cuba lakukan. Adakah kita mahu DAP dan agen - agen mereka untuk terus menghina Institusi Diraja? Kita tahu DAP akan menggunakan orang Melayu untuk screw orang Melayu tetapi what are we doing about it? 

Adakah kita mahu biarkan perkara ini berlaku?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget