Tindakan parti pemerintah Pulau Pinang, DAP melancarkan kempen mengutip dana untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang merupakan satu tindakan yang kurang ajar dan tidak bertanggungjawab. Kutipan derma ini menunjukkan bahawa DAP cuba mengambil kesempatan akan musibah yang menimpa rakyat di Pulau Pinang.
Perlu diingatkan bahawa DAP merupakan parti yang berkuasa di Pulau Pinang dan sepatutnya kerajaan negeri Pulau Pinang yang membantu mangsa banjir di negeri tersebut dan dibantu oleh agensi - agensi Persekutuan dan juga rakyat Malaysia secara amnya.
Tetapi nampaknya kerajaan negeri cuba lepas tangan dalam insiden banjir di Pulau Pinang dan "taichi" tanggungjawab ini kepada kerajaan Pusat dan juga menggunakan wang derma dari rakyat untuk operasi bantuan. Mengapa ini berlaku?
Kami di #KLChronicle juga tertanya - tanya mana pergi wang berbillion ringgit kerajaan negeri hasil penjualan tanah kepada syarikat - syarikat pemaju? Duit inilah yang sepatutnya digunakan untuk membantu mangsa banjir tetapi entah kemana pergi wang ini.
Boleh kah penyokong-penyokong pembangkang tanyakan perkara ini kepada Lim Guan Eng?
No comments:
Post a Comment