KL CHRONICLE: Universiti Oxford Nafi Jumlah Biasiswa Yang Disebut Syed Saddiq #Negaraku #Malaysia

Wednesday, October 4, 2017

Universiti Oxford Nafi Jumlah Biasiswa Yang Disebut Syed Saddiq #Negaraku #Malaysia



Akhirnya Universiti Oxford mengesahkan Syed Saddiq seorang penipu. Syed Saddiq cakap nilai biasiswa dia dapat berjumlah dalam RM400,000. Tidak sampai pun jumlah itu.




Universiti Oxford berkata ia memang menawarkan Syed Saddiq Abdul Rahman biasiswa pascasiswazah, tetapi berkata jumlah itu tidak lebih dari bayaran £40,000 (RM224,000) yang dikenakan untuk kursusnya.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu sebelum ini telah mengumumkan bahawa beliau menerima biasiswa sebanyak RM400,00 dari universiti British itu, selain daripada mendakwa beliau ditawarkan rasuah RM5 juta untuk keluar dari partinya dan meninggalkan Malaysia.

Menurut The Star Online, Oxford juga berkata bahawa biasiswa Syed Saddiq hanya separuh sahaja, mencadangkan bahawa jumlah itu adalah kurang dari £40,000 yang disenaraikan untuk kursus Sarjana dalam Pengajian Dasar Awam.

Syed Saddiq kemudian membuat pusingan U dengan memberitahu portal berita itu bahawa tajaannya adalah tambahan kepada yuran pengajian universiti, tetapi enggan menyatakan siapa yang membayar untuk tambahan itu.

Siapa yang hendak bayar itu? Dari sibuk bercakap hal RM5 juta. Lebih baik sebut siapa hendak tolong bayar tambahan yuran itu?

"Secara keseluruhannya, saya menerima £70,000, termasuk biasiswa dari fakulti saya," beliau dipetik sebagai berkata.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget