KL CHRONICLE: Datuk @RazlanRafii menjawab fitnah jijik NGO PAGE & pembangkang @Negaraku #Malaysia

Wednesday, October 4, 2017

Datuk @RazlanRafii menjawab fitnah jijik NGO PAGE & pembangkang @Negaraku #Malaysia


Menjawab "Parent Action Group For Education (Page)" berkenaan Sambutan Kemerdekaan di Sekolah Putrajaya.

Saya berada di dalam Majlis itu dan apa yang di persembahkan adalah "Sejarah Kemerdekaan".

Setiap tahun apabila tiba bulan kemerdekaan, banyak sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menyemai sikap Petriotik, cinta dan sayangkan Negara. Sejarah menentang Malayan Union dan Rombongan Tunku Abdul Rahman membawa rombongan kemerdekaan ke London.



Ada sekolah yang melaksanakan program bercerita, bersajak, kuis dan macam-macam lagi.

Dan ini adalah sejarah kepada Kejayaan Malaya melepaskan diri dari cengkaman pembangkang tanpa menumpahkan darah.

Adakah PAGE tidak boleh menerima Sejarah Tunku Abdul Rahman bersama dengan Tun V.T Sambathan dan Tun Tan Cheng Lock bersama memberi ucapan sebelum ke London dan peristiwa sekembali Tunku ke Malaya memberi berita gembira kemerdekaan? (Persembahan murid-murid)

Ini semua adalah sejarah yang tidak boleh dipadam daripada kejayaan Negara mencapai kemerdekaan daripada British.

Jesteru itu, jadilah NGO bersama untuk menanam sikap Petriotik kepada rakyat Malaysia agar terus sayangkan Negara dan jangan lupa sejarah.

Di Negara-negara lain, sejarah kemerdekaan tidak akan dilupuskan atau ditukar malah ianya dijadikan bahan untuk menyemai sifat Nasionalisma.

PAGE patut hadir sekali dan belajar bagaimana mahu mengekalkan sikap Petriotik yang semakin hilang dalam rakyat Malaysia akibat daripada permainan Politik yang jijik sehingga sanggup berkata buruk terhadap Negara sendiri, dan menjadi NGO yang bersama memberi IDEA untuk memikirkan bagaimana Malaysia terus disayangi. 

Tahniah kepada Sekolah-sekolah di Putrajaya kerana melaksanakan Kempen Kemerdekaan dan dengan berjaya melaksanakan acara penutup bagi mengenang budi dan jasa Pemimpin-pemimpin pejuang Kemerdekaan.

Tidak ada yang pelik sekiranya Sekolah melaksanakan program Kemerdekaan dan ia adalah satu sistem Demokrasi yang di amalkan didalam pentadbiran Negara. Yang menjadi pelik hari ini apabila ramai yang tidak boleh menerima kenyataan kejayaan UMNO menolak Malayan Union dan membawa kemerdekaan.

Datuk Mohd Razlan Rafii
Ketua Pemuda BN WP

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget