KL CHRONICLE: Datuk @RazlanRafii bidas kenyataan jijik pemimpin DAP Sarawak #Negaraku #Malaysia

Sunday, October 1, 2017

Datuk @RazlanRafii bidas kenyataan jijik pemimpin DAP Sarawak #Negaraku #Malaysia


Negara Kita ada Budaya.

Menjawab soalan pemimpin DAP Sarawak berkenaan UMNO mengamalkan budaya Extrimis.


Malaysia perlu berasa bertuah kerana masih mengekalkan budaya Ketimuran dan saling menghormati antara agama.



Budaya orang Malaysia yang terkenal dengan sopan santun dan saling hormat menghormati sering kali dapat menjaga adap ketimuran dan menolak budaya liberal yang berlebihan.

Semenjak dari sebelum Merdeka sehingga hari ini, DAP berusaha untuk menerapkan budaya Liberal terbuka dan mereka telah berjaya apabila menjadikan Selangor negeri pertama memganjurkan Pesta Arak secara terbuka.

Dan peristiwa ini diteruskan dengan membawa pengaruh budaya Barat ini secara meluas ke Negeri-Negeri lain.

Saya tidak faham apa maksud beliau Estrimis, selama ini di Malaysia, sekira mahu ke Disko atau Kelab-kelab malam, terpulang kepada individu, yang Kerajaan larang apabila ianya mahu di buat secara terbuka seperti yang terjadi di Selangor dan ia bukanlah satu Pesta yang manis dan baik.

Konsep Keterbukaan DAP tanpa sempadan inilah yang membuat mereka sering kali di tolak oleh pengundi terutama orang yang mempunyai pegangan Agama dan DAP sering kali mendapat undi dari mereka yang memperjuangan budaya Liberal tanpa kawalan.

Adakah DAP akan memperjuangkan Kahwin Sejenis? Adakah DAP akan terus memperjuangkan LGBT seperti sebelum-sebelum ini? 

Ini lah yang mereka mahu bawa ke dalam Pentakbiran Negara Malaysia sekira mereka mendapat tampuk kepimpinan kelak.

Saya anak Malaysia dan saya mahu Malaysia kekal menjaga budaya dan adap kita yang berpegang teguh kepada Agama. Tidak kira apa agama sekalipun, sekira mereka mempunyai Agama dan pegangan, sudah pasti agama mereka memgamalkan budaya sihat dan melarang budaya Liberal tanpa sempadan yang mahu dibawa oleh DAP.

Datuk Razlan Rafii
Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget