KL CHRONICLE: Tuan Ibrahim : Dr. Mahathir punca perpercahan orang Melayu #Negaraku #Malaysia #YP

Tuesday, September 12, 2017

Tuan Ibrahim : Dr. Mahathir punca perpercahan orang Melayu #Negaraku #Malaysia #YP


Baru - baru ini, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengeluarkan satu kenyataan dimana beliau membidas Top Dog Pakatan Harapan Dr. Mahathir Mohamad sebagai punca perpecahan orang Melayu Islam di negara ini. Bagi kami di KLChronicle, kenyataan Tuan Ibrahim adalah sangat tepat sekali kerana akibat sikap ego dan gila kuasa Che Det, kini parti Melayu sudah berpecah kepada hampir 6 parti seterusnya mencairkan kuasa politik orang Melayu.



Jika dilihat senario politik orang Melayu Islam di negara ini sekarang. Dahulunya orang Melayu hanya terbahagi kepada dua parti politik utama iaitu UMNO dan PAS dimana UMNO memainkan peranan sebagai kerajaan Melayu/Islam yang kuat dan PAS pula memainkan peranan mereka sebagai pembangkang serta kerajaan negeri Kelantan yang kuat. Ini merupakan satu check and balance dimana di kedua - dua pihak, terdapat parti politik Melayu Islam yang kuat. 

Ini semua berubah apabila pertama sekali berlaku pergaduhan didalam UMNO sehingga UMNO dibubarkan seterusnya UMNO baru dan Semangat 46 ditubukan. Selepas itu, berlaku pula skandal pemecatan Anwar Ibrahim oleh Dr. Mahathir atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa. Timbul pula lagi sebuah parti politik Melayu Islam iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR). 


Kini, akibat kerakusan kuasa Dr. Mahathir sekali lagi menubuhkan parti baru iaitu Parti Bunga dan bekerjasama dengan pihak DAP untuk memastikan kerajaan baru yang diketuai oleh DAP merampas Putrajaya dari kerajaan Melayu Islam yang kita ada sekarang. 

Adakah ini yang kita mahukan?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget