Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad kini menjadi bidak catur kuasa terbaru DAP. Mahathir menggunakan isterinya untuk bersekongkol dengan Ambiga, tokoh pejuang LGBT di Malaysia.
Siapa Ambiga ini?
Ambiga yang merupakan bekas Presiden Majlis Peguam ini adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.
Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
Ambiga turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
Pada November 2011, Ambiga telah anjurkan program Seksualiti Merdeka yang menyokong hubungan homoseksual dan merancang untuk berdemo berjalan sambil telanjang di Kuala Lumpur.
Dulu, Mahathir kutuk Ambiga. Mahathir kata Ambiga ini sokong hubungan seksual sesama jenis iaitu lesbian dan homoseksual.
Ketika perhimpunan Bersih 3.0, Mahathir menghentam Ambiga kerana menganjurkan perhimpunan berkenaan dengan mengadakan rusuhan merosakkan kereta dan mengganggu kententeraman awam.
"Saya hendak cadang Ambiga jadi Perdana Menteri, dengan itu kita boleh ada demonstrasi setiap hari di Dataran Merdeka," kata Mahathir pada masa itu.
Tetapi sekarang, Mahathir sudah "u turn". Dengan peliwat, Anwar dan Ambiga, penyokong homoseksual pun dia sudah bersekongkol semata mata untuk merampas kuasa. Bukan dia sahaja, isterinya juga disuruh sokong geng geng LGBT ini.
Ambiga merupakan pejuang Comango atau nama penuhnya, Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia. Comango ini menggesa kerajaan Malaysia untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Apa ada dalam ICCPR ini?
Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi "the rights of religious freedom" (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.
Tuntutan yang dibuat oleh Ambiga dan Comango ini jelas sekali bertentangan dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, iaitu Islam adalah agama bagi Persekutuan.
Kemudian tuntutan berikutnya ialah menggesa kerajaan menandatangani juga International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD).
Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Jelas sekali bertentangan dengan Perkara 153, Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.
Seterusnya ialah tuntutan Comango yang paling kontroversi adalah menggesa kerajaan untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).
Tuntutan ini turut merangkumi kepada menuntut amalan kebebasan orientasi seksual songsang dengan hukum alam, termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.
Ambiga dan semua kumpulan Comango ini berdemo bersama Siti Hasmah dan Marina, anak Mahathir di Sogo pada Ahad lepas. Semua tuntutan Comango ini dibawa bersama dalam bentuk plakad, poster dan kain rentang dalam demonstrasi itu.
Perhimpunan Wanita Bantah Politik Toksik itu membawa sepanduk yang menulis perkara yang sokong perjuangan Comango. Minta selera seks songsang dibenarkan dan bermacam lagi.
Siti Kassim yang hina ibadah korban dan berkata mimpi Nabi Ibrahim adalah dari syaitan pun hadir sekali dalam demo itu.
Antaranya, ada sepanduk yang tertulis "Lesbian is not a crime, it's a gift,".
Ada wanita Islam memegang satu sepanduk yang mahu orang ramai menyokong tuntutan Comango iaitu hak yang sama rata dalam perkahwinan dengan tidak mengikut cara Islam.
Mereka tuntut kuasa talak juga diberikan kepada isteri yang kononnya akan berkuasa untuk menceraikan suami sesuka hatinya.
Selain itu ada sepanduk mempertikaikan kenapa dipaksa untuk anuti sesuatu agama sahaja dalam Perlembagaan.
Ini jelas sama sekali satu serangan terhadap pengertian Melayu dan Islam yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tuntutan yang jelas mencabar kedudukan orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan inilah sebenarnya yang menjadi toksik. Kerana kemaruk pada kuasa, soal agama ditolak ke tepi.
Kerana terdesak jadikan anaknya sebagai Perdana Menteri, Mahathir dan Hasmah sudah sekongkol dengan geng homoseksual dan LGBT ini. Semata mata kerana mahu undi dan sokongan mereka. Hal agama sudah ditolak ke tepi kerana kemaruk mengejar kuasa.
Berjayalah misi DAP, untuk pancing undi Melayu yang liberal dan berfahaman songsang ini. Bukan Mahathir seorang yang menjadi umpan DAP, isterinya juga jadi umpan DAP.
Mahathir sanggup jadi apa pun di sisi DAP, asalnya DAP sokong anaknya berkuasa. Kerana mahu kuasa, soal agama sanggup dipersenda.
No comments:
Post a Comment