Menyedari bahawa pembangunan Keretapi Laju (High Speed Rail, HSR) Kuala Lumpur - Singapura bakal menjadi "Game Changer" dalam industri pengangkutan awam darat negara, kerajaan Barisan Nasional nampaknya nekad untuk meneruskan projek ini walaupun seperti biasa ianya mendapat kritikan yang hebat dari pemimpin pembangkang dari DAP, PKR dan sebagainya.
Bagi pemimpin - pemimpin pembangkang yang mempunyai fikiran yang cetek, mereka melihat pembangunan HSR konon-nya merupakan satu pembaziran oleh kerajaan Barisan Nasional. Namun malangnya, apa yang pemimpin - pemimpin pembangkang ini tidak lihat adalah peluang pekerjaan yang bakal dicipta apabila kerajaan memulakan projek HSR ini pada August 2016.
Memetik kata - kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah:
“HSR KL-Singapura adalah pembawa perubahan dan ia akan menarik kawasan yang terpencil dengan lebih dekat, memacu pertumbuhan dan pembangunan serta membantu bandar-bandar di sepanjang laluan selain membuka potensi yang tersembunyi dengan menjadikannya dapat diakses, bukan hanya kepada pelancong, tetapi juga kepada pekerja dan pelabur,”
Melalui data yang kami ada di #KLChronicle, projek HSR yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional dijangka menyumbang pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM21 bilion kepada Malaysia dan Singapura selain mewujudkan 111,000 peluang pekerjaan menjelang 2060. Bukankah ini merupakan satu perkara yang baik untuk rakyat Malaysia?
Jadi kita sebagai rakyat Malaysia, usahlah kita terikut - ikut dengan telunjuk pihak DAP yang sememangnya iri hati dan berniat jahat untuk mensabotaj ekonomi negara demi kepentingan politik mereka. Kita harus memberikan sokongan penuh kepada kerajaan dan SPAD dalam merangka pembangunan industri pengangkutan awam darat negara supaya menjadi antara yang terbaik di dunia sekaligus memacu negara mencapai kemajuan.
Bukankah ini yang kita semua mahukan?
Program Transformasi Pengangkutan Awam yang di anjurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenar nya ada lah berfungsi secara multi.
Bukan sahaja ia bertujuan untuk memudah kan mobiliti rakyat , di waktu yang sama ia jua menjadi pemankin kepada pertumbuhan ekonomi serta menjadi punca pencarian dan pendapatan rakyat.
Jika laluan MRT Sg Buloh - Kajang (SBK) di anggar kan hampir 60,000 rakyat mendapat pekerjaan dan sumber pendapatan dari pelbagai akitiviti sepanjang laluan nya, projek keretapi laju (HSR) Kl-Spore pula di anggarkan bakal mengujudkan sejumlah 110,000 pekerjaan dari pelbagai peringkat , professional sehingga lah pekerjaan marhaen pada tahun 2060.
Hal ini di beritahu oleh CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat , En Azharuddin Mat Sah baru baru ini.
Selain dari projek HSR yang bakal mengubah rupa bentuk sosio-ekonomi antara dua negara Malaysia dan Singapura , projek HSR ini bakal menyumbang lebih kurang RM21 billion pertumbuhan kasar dalam negara.
"Ini lah yang dimaksudkan sebagai game-changer." kata en Azharuddin Mat Sah
Laluan serta tempat di mana keretapi ini berhenti bakal menjadikan tempat itu assesible jika sebelum ini kawasan itu tidak berapa popular.
Menurut kajian , pasti sekali mereka yang mahu menjimatkan masa akan mengguna mode pengangkutan ini.
Selain itu dapat di lihat di waktu ini dengan jumlah yang banyak bas bas serta kenderaan dan juga jumlah penerbangan to and fro kepada destini Kl- Singapura.
Maka tentu sekali mereka yang terbabit menggunakan transport lazim akan bertukar menggunakan keretapi laju pula.
Dengan pengujudan laluan HSR ini ia memberi opsyen tambahan yang menjanjikan keselamatan serta penjimatan waktu.
En Azharuddin turut menjelaskan bahawa bersama sama rakan kerja SPAD di Singapura ia itu Land Authority of Singapore (LTA) kedua pihak akan memastikan reka bentuk, operasi serta ciri ciri keselamatan HSR ini sebagai keutamaan.
Ini lah dia kemajuan demi kemajuan di capai dalam usaha menjayakan kehendak transformasi pengangkutan awam.
SPAD sebagai yang bertanggung jawap akan hal ini tidak pernah leka dan seperti keretapi laju , SPAD juga laju menjayakan kehendak ini.MRT
Kita sudah ada MRT yang dalam progress , kita juga sedang memulakan kerja ECRL dan kini kerja untuk keretapi laju pula giat berjalan.
Sesunggu nya masa depan pengangkutan awam negara kita dalam keadaan baik dan bagus hasil perancangan teliti kerajaan serta badan badan yang berkaitan seperti SPAD, HSR, Prasarana dan lain lain.
No comments:
Post a Comment